Pos Malaysia

Sat, 22 Nov 2008

 
 
» Siapa Kami?
» myArchive
» myAffiliate
» myClassifieds
» myMobile
» New Straits Times
» Business Times
» Malay Mail
» Berita Harian
» Harian Metro
» Web Sekolah
» Computimes
» Business Computing
» Travel Times
» Property Times
» Nuance
» Youthquake
» NIE
» Bintang Popular
» Joran
» Keterangan Umum
» Arkib Berita sejak 1991
» Pendaftaran Arkib
» Khidmat Pelanggan
» Syarat Penggunaan
» Yuran
» Soalan Lazim

: Cetus suasana ruang berbeza



MENZAHIRKAN kediaman dengan penataan lengkap kertas dinding sesuai dengan konsep dekorasi ternyata membawa suasana berbeza untuk segenap ruang.

Perkembangan teknologi dan kepelbagaian cetusan idea menghias kediaman turut membuatkan penampilan kertas dinding satu keutamaan.

Jika dulu, kebanyakan pemilik kediaman hanya menyerikan kemasan dinding dengan pilihan tona cat mengikut citarasa dan kesesuaiannya, tetapi kini segalanya berbeza.

sTanggapan bahawa memasang kertas dinding adalah satu kerugian dan sukar disesuaikan dengan konsep hiasan dalaman adalah salah.

Kini, ada pelbagai corak, kualiti dan jenis kertas yang terdapat di pasaran mampu mengindahkan kediaman berdasarkan peruntukan bajet anda.

Purnama Sensasi Enterprise misalnya menawarkan pelbagai pakej istimewa kertas dinding bagi memenuhi permintaan setiap pemilik kediaman.

Pakej A menawarkan pakej kondominium untuk ruang tamu, bilik tidur utama, sederhana dan kecil, pakej B merangkumi ruang tamu dan bilik tidur utama kondominium.

Sementara pakej C membabitkan ruang tamu kondominium manakala ‘Wallpaper Roll Package' pula memberi pula ditawarkan untuk kediaman teres dan banglo.

Menurut Pemilik Purnama Sensasi Enterprise, Sheikh Mohd Yusoff Salleh, pakej berkenaan yang berakhir penghujung tahun ini merangkumi pelbagai jenis kediaman termasuk kondominium, teres dan banglo.

“Buat permulaan, pakej yang ditawarkan khusus untuk pemilik kediaman di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Kami turut menyediakan khidmat nasihat dan rundingan penataan kertas dinding,” katanya.

Malah dia turut berkongsi pengalaman menarik ketika pemasangan kertas dinding di sebuah kondominium Venice Hill Condo Resort, Taman Puteri, Cheras, Selangor, baru-baru ini.

Bagi menyerikan ruang makan yang diwujudkan berhampiran balkoni dan ruang tamu, kertas dinding bertona krim jenis Elegen diketengahkan menampakkan suasana lebih ceria dan harmoni.

“Kesesuaian perabot, aksesori hiasan dalaman dan reka bentuk ruang banyak mempengaruhi pilihan kertas dinding di ruang makan ini,” katanya.

Dalam menghias bilik tidur kediaman itu pula, Sheikh Mohd Yusoff menggunakan kertas dinding jenis Aurrora.

“Kemasan kertas dinding ini lebih menampakkan suasana ruang yang tidak terlalu disaratkan dengan cat dinding biasa selain mengimbangi pemandangan berbeza dan memukau,” katanya.

Anda yang berminat boleh mengunjungi galeri pameran Purnama Sensasi Enterprise di No 81, Jalan Dato' Senu 31, Taman Dato' Senu, Kuala Lumpur atau layari www.kelamkabut.com.



 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker