Pos Malaysia

Sat, 22 Nov 2008

 
 
» Siapa Kami?
» myArchive
» myAffiliate
» myClassifieds
» myMobile
» New Straits Times
» Business Times
» Malay Mail
» Berita Harian
» Harian Metro
» Web Sekolah
» Computimes
» Business Computing
» Travel Times
» Property Times
» Nuance
» Youthquake
» NIE
» Bintang Popular
» Joran
» Keterangan Umum
» Arkib Berita sejak 1991
» Pendaftaran Arkib
» Khidmat Pelanggan
» Syarat Penggunaan
» Yuran
» Soalan Lazim

: Gubahan kuntum kekwa



MENGHASILKAN gubahan bunga berasaskan produk se mula jadi yang perlu melalui beberapa tahap pemprosesan sebenarnya menuntut kesungguhan dan ketelitian si peng gubahnya.

Melihat kreativiti menghasilkan gubahan bunga berasaskan daun, Z & H Usaha Maju Enterprise ada cara dan petua tersendiri.

Menurut pemilik Z & H Usaha Maju Enterprise, Zainurin Sum Sum, setiap kuntum bunga yang dihasilkan untuk membentuk gubahan menarik secara tidak langsung me ngajar erti ketabahan.

“Bermula dengan menghasilkan kuntuman bunga ber asaskan daun, anda perlu menggubahnya dengan teliti kerana ia begitu sensitif selain memerlukan minat mendalam,” kata Zainurin.

Bukan sekadar gubahan bunga, malah Z & H Usaha Maju Enterprise turut menerima tempahan menghasilkan bunga telur dan cenderahati berasaskan daun semula jadi.

Mereka yang berminat boleh berkunjung ke Z & H Usaha Maju Enterprise di No 92, Batu 13, Jalan Klang, Puchong, Selangor.

Berikut kaedah menghasilkan kuntuman bunga kekwa ilham kreatif syarikat berkenaan:



Bahan-bahan:

-Daun seperti daun getah atau daun nangka yang sudah rendam, dikering serta diwarnakan.

-Batang bunga hiasan

-Pembalut batang bunga

-Dawai

-Bunga penyeri atau manik bunga

-Gunting

-Penyembur air -Gambar 1



Langkah 1

-Lipat secara serong daun tadi dan cantumkan semua daun sebelum manik bunga diletakkan pada bahagian tengah kuntumnya.

-Biasanya sekuntum bunga memerlukan 21 helai daun.



Langkah 2

-Ikat kuntuman bunga tadi menggunakan dawai dan lilitkan ia pada batang bunga hiasan.

-Gunakan dua batang bunga hiasan sekiranya perlu.



Langkah 3

-Letakkan daun pada bahagian batang bunga hiasan tadi dan lilit menggunakan pembalutnya.



INFO

- Gubahan perlu disiram menggunakan penyembur air sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk mengekalkan kesegarannya.



 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker