Pos Malaysia

Sat, 22 Nov 2008

 
 
» Siapa Kami?
» myArchive
» myAffiliate
» myClassifieds
» myMobile
» New Straits Times
» Business Times
» Malay Mail
» Berita Harian
» Harian Metro
» Web Sekolah
» Computimes
» Business Computing
» Travel Times
» Property Times
» Nuance
» Youthquake
» NIE
» Bintang Popular
» Joran
» Keterangan Umum
» Arkib Berita sejak 1991
» Pendaftaran Arkib
» Khidmat Pelanggan
» Syarat Penggunaan
» Yuran
» Soalan Lazim

: Bukan sekadar kediaman



TERLETAK di Damansara Heights, Kuala Lumpur, Zephyr Point on Basong antara projek pembangunan hartanah yang bakal mencuri perhatian ramai.

Dimajukan Urban Hallmark Properties Sdn Bhd, kediaman eksklusif itu dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun depan.

Secara keseluruhannya, Zephyr Point on Basong berke luasan 7,900 hingga 11,700 kaki persegi dan terletak enam kaki dari aras jalan raya.

Menariknya, dua jenis kediaman iaitu penthouse dinamakan Exo, Lono dan Meso sementara vila pula dinamakan Arcus, Cirrus, Pileus dan Stratus.

Berlatarkan keindahan landskap semula jadi dan menam pilkan reka bentuk moden berasaskan material berkualiti, suasana kediaman itu kelihatan berbeza.

Menurut Pengarah Urusan Urban Hallmark Properties Sdn Bhd, Datuk Jeffrey Ng, Zephyr Point on Basong bukan sekadar kediaman biasa kerana pelbagai aspek binaan dan latar landskap diambil kira.

“Perbincangan untuk menentukan reka bentuk, landskap dan suasana eksklusif kediaman ini mengambil masa lama kerana pelbagai aspek diambil kira untuk memenuhi cita rasa pemiliknya,” katanya.

Bukan sekadar landskap menarik pada penthouse, malah konsep hiasan dalaman yang diketengahkan tidak kurang hebatnya.

Setiap ruang menampilkan suasana berbeza termasuk ke masan dinding kaca dan lantai marmar terpilih.

Dekorasi ruang tamu bergaya kontemporari dan ruang makan mencetuskan keindahan tersendiri bagaikan ruang peribadi seisi keluarga.

Tidak ketinggalan binaan kolam renang spa dan laman santai berlatarkan landskap hijau mempesonakan.

Sementara vila membawa keunikan tersendiri termasuk binaan ruang selesa dan reka bentuk berkonsepkan terbuka untuk ruang tamu serta ruang makan.

Malah, binaan kolam renang spa dan dek bercirikan mesra alam serta santai yang secara langsung memberi kelebihan kepada pemilik vila untuk memanjakan diri.

Di samping itu, setiap unit Zephyr Point on Basong turut diwujudkan ruang pejabat di rumah dan pelbagai kemudahan lain.

Kedudukannya yang stategik memudahkan Zephyr Point on Basong dihubungkan melalui pelbagai rangkaian jalan raya selain berhampiran lokasi beli-belah.

Pada masa sama, kawalan keselamatan sempurna mem buatkan projek hartanah itu menjadi tumpuan ramai.

Dua rumah contoh untuk penthouse dan vila dijangka boleh dikunjungi pada suku pertama tahun depan serta pem bangunannya berkonsepkan ‘bina dan jual’, ‘jual dan bina’.



 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker