Pos Malaysia

Sat, 22 Nov 2008

 
 
» Siapa Kami?
» myArchive
» myAffiliate
» myClassifieds
» myMobile
» New Straits Times
» Business Times
» Malay Mail
» Berita Harian
» Harian Metro
» Web Sekolah
» Computimes
» Business Computing
» Travel Times
» Property Times
» Nuance
» Youthquake
» NIE
» Bintang Popular
» Joran
» Keterangan Umum
» Arkib Berita sejak 1991
» Pendaftaran Arkib
» Khidmat Pelanggan
» Syarat Penggunaan
» Yuran
» Soalan Lazim

: Tab mandi pilihan



BILIK mandi tentunya antara ruang paling peribadi bagi sesetengah pemilik kediaman kerana saat memanjakan diri memerlukan keselesaan dan keindahan semula jadi.

Tidak dinafikan gaya dekorasi sesebuah bilik mandi sering terletak pada kelengkapan peralatan mandi dan idea meng hias secara kreatif.

Pada masa sama, kemasan lantai berjubin dan dinding berhias harmoni mampu merealisasikan suasana impian seisi keluarga.

Apatah lagi sejak kebelakangan ini, pelbagai jenis gaya dan inovasi diketengahkan untuk bilik mandi sebagai penataan paling unik.

Penggunaan tab mandi kian digemari dan menjadi pe lengkap utama keperluan untuk memanjakan diri penuh keselesaan.

Malah, tab mandi juga dapat membantu untuk merehatkan diri, menenangkan fikiran selepas penat bekerja seharian.

Pelbagai variasi tab mandi yang ditawarkan di pasaran nyata memberi peluang untuk membuat pilihan terbaik berda sarkan cita rasa dan kesesuaian bilik mandi kediaman.

Reka bentuk terkini seperti bulat, segi empat sama dan pentagon membawa fungsi tersendiri bersama kelainan de korasi yang dicetuskan.

Tab mandi yang mempunyai pusaran air praktikal tentunya membuatkan anda bagaikan berada di sebuah spa mewah dan eksklusif.

Saiz tab mandi juga perlu diambil kira bagi memastikan anda selesa ketika menggunakannya selain tidak mengganggu ruang pergerakan.

Apabila memperkatakan berkenaan tab mandi, pancuran menjadi pelengkap dan begitu sinonim bagi mereka yang tidak gemar memanjakan diri dalam tab mandi.

Pancuran menjadi pilihan tepat kepada mereka yang sibuk, mengejar masa dan mandi dalam waktu singkat.

Ada pelbagai pilihan pancuran di pasaran khususnya panel suhu kawalan panas dan sejuk serta pili kawalan tahap kelajuan air.

Jika gemar mencipta kelainan, pelbagai produk terkini dengan rekaan menarik boleh ditampilkan mengikut cita rasa masing-masing.

Tidak ketinggalan, kehadiran perabot juga menjadi pe lengkap dan keperluan di bilik berkenaan sebagai satu elemen menjadikan ruang lebih bersih serta kemas.

Bagi bilik mandi yang turut dijadikan bilik air, pemilihan reka bentuk mangkuk tandas perlu diberi perhatian.

Ada mangkuk tandas dengan rekaan praktikal tanpa tangki mengepam yang secara langsung menyerlahkan penggayaan ruang.



 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker