PENGGAYAAN kemasan langsir dan aksesori hiasan da laman yang bersesuaian dengan konsep serta kombinasi ruang sememangnya menyerlahkan cita rasa atau kecintaan pemiliknya kepada gaya pilihan.
Meletakkan aspek keselesaan sebagai definisi paling tepat dalam menghias kediaman, Elyza’s Home (M) Sdn Bhd (Elyza’s) kini memperkenalkan kemasan langsir berfabrik yang terbaik dan terkini.
Ditubuhkan pada 1994, Elyza’s antara jenama terkenal yang menawarkan pelbagai kemasan fabrik hiasan dalaman da ripada jenis cetakan kedesaan, tradisional, romantik atau kontemporari, fabrik tenunan, corak baldu hingga fabrik yang melengkapkan sofa atau kerusi mewah.
Menawarkan lima koleksi 2008 dan tiga koleksi lagi sempena Aidilfitri ini dengan gaya semasa, ia sesuai untuk padanan semua konsep hiasan dalaman pilihan.
Menurut pengasas Elyza’s, Elyza Yong, lebih seribu pilihan fabrik eksklusif dan idea kemasan tingkap menarik di tawarkan kepada umum.
“Matlamat utama kami ialah memberikan idea dekorasi khususnya kemasan langsir, fabrik sofa dan kelengkapan fabrik untuk aksesori hiasan kelihatan sempurna serta leng kap.
“Uniknya produk Elyza’s apabila setiap koleksi yang di perkenalkan sesuai dalam menyerikan gaya hiasan pelbagai konsep dekorasi,” kata Elyza.
Bagi koleksi Aidilfitri ini, kemasan langsir Elyza’s Alessi membawa kelainan fabrik tenunan bertona klasik dan kon temporari.
Tekstur fabrik yang halus dan lembut menyerlahkan gaya atau konsep klasik pilihan dan lebih berseri dengan kehadiran aksesori seperti bantal hiasan pada sofa.
Elyza’s Montclair pula mewarnai suasana Aidilfitri dengan gaya elegan fabrik tenunan bermotifkan bunga-bungaan segar bertona harmoni sejuk mata memandang.
Sementara Elyza’s Concord tidak ketinggalan menyerlahkan koleksi klasik kontemporari bergaya unik melalui padanan bantal hiasan bercorak abstrak dan kombinasi tekstur polos berjalur.
Antara koleksi 2008 yang tidak kurang hebatnya ialah Elyza’s May’s Garden melalui keindahan fabrik bermotifkan bunga mawar dan lili Inggeris bersama fabrik baldu bertekstur polos.
Menerusi Idali’s Moden Prints Collection, gaya kontem porari abstrak dan geometri sentuhan baru diketengahkan bersama empat rekaan.
Setiap rekaan koleksi berkenaan turut menerima suntikan gaya moden bertona terang dan menceriakan keindahan ruang kediaman.
Bagi Idali Contemporari Sheer Vol 2 Collection, kelainan kemasan langsir ditampilkan penuh gaya suai padan dan kelihatan sentiasa baru.
Kemasan fabrik nipis polos menjadi elemen utama me nyerlahkan konsep pilihan langsir kediaman selain kualiti dan ketahanannya dikekalkan.
Tidak ketinggalan, Idali Angora Collection dan Idali’s Lennix Collection membawa keistimewaan tersendiri dari segi rekaan, corak serta kombinasi fabrik sekali gus meng ilhamkan gaya terbaik segenap ruang kediaman.
Pada masa sama, turut ditawarkan Bali Collection, Startrek, Angora dan Amadis yang tidak kurang hebatnya.
Sempena mempromosikan semua koleksinya itu, pengun jung berpeluang membawa pulang beg santai Elyza’s bernilai RM59.90 secara percuma dengan setiap pembelian bernilai RM600 bermula Jun hingga 31 Ogos ini.
Mereka yang berminat boleh berkunjung ke Elyza’s Home, Lot 266, Jalan Cheras Batu 11, Cheras, Selangor atau semua lokasi pengedar koleksi Elyza’s di seluruh negara.
Sebarang maklumat lanjut mengenai koleksi berkenaan boleh diperoleh dengan melayari laman web www.elyza.com.