Pos Malaysia

Sat, 22 Nov 2008

 
 
» Siapa Kami?
» myArchive
» myAffiliate
» myClassifieds
» myMobile
» New Straits Times
» Business Times
» Malay Mail
» Berita Harian
» Harian Metro
» Web Sekolah
» Computimes
» Business Computing
» Travel Times
» Property Times
» Nuance
» Youthquake
» NIE
» Bintang Popular
» Joran
» Keterangan Umum
» Arkib Berita sejak 1991
» Pendaftaran Arkib
» Khidmat Pelanggan
» Syarat Penggunaan
» Yuran
» Soalan Lazim

: Rumah luas, praktikal



PEMBANGUNAN Kota Seriemas dimeriahkan lagi dengan projek hartanah terbaru, Cempaka 1 @ Laman Cempaka dengan menampilkan pelbagai keistimewaan.

Kota Seriemas dimajukan I & P Seriemas Sdn Bhd, anak syarikat Island & Peninsular Berhad yang berpejabat di Nilai, Negeri Sembilan.

Cempaka 1 @ Laman Cempaka merangkumi pembinaan 42 unit kediaman berkembar dua tingkat dengan empat jenis reka bentuk unik.

Berbekalkan keluasan ruang antara 2,237 kaki persegi hingga 2,399 kaki persegi, kediaman berkenaan menawarkan reka letak ruang yang luas lagi praktikal bagi memberikan keselesaan kepada penghuninya.

Sistem pencahayaan di setiap ruang kediaman itu turut dititikberatkan selain rekaan tingkap yang lebih praktikal dan menarik.

Secara tidak langsung, penyediaan tingkap kaca yang lebar dan luas membolehkan penghuninya bebas menikmati pe mandangan luar serta memaksimumkan pengudaraan da laman.

Sementara binaan pintu masuk utama kediaman berkenaan juga kelihatan istimewa dari segi saiz, ketinggian dan daun pintu yang lebih besar.

Setiap unit kediaman Cempaka 1 @ Laman Cempaka menawarkan pemandangan indah berhadapan kawasan ta man berlanskap yang dilengkapi gazebo, bangku taman, laluan pejalan kaki dan penataan lampu taman yang me narik.

Malah, gazebo yang dibina di tengah-tengah taman se mestinya menjadi lokasi tarikan paling sesuai untuk penghuni kediaman beristirahat bersama keluarga di samping menjadi tempat mereka menjalankan aktiviti kejiranan.

Bagi tujuan keselamatan, pemaju hanya menyediakan satu laluan keluar masuk ke dalam kawasan kejiranan di samping menyediakan kemudahan pondok pengawal.

Dijangka siap sepenuhnya pada 2020, Kota Seriemas bakal menempatkan kira-kira 60,000 penghuni.

Pembangunan pusat komersial Kota Seriemas bakal di lengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk pasar raya, restoran serta ruang riadah sekali gus melancarkan urusan harian penduduk Kota Seriemas.

Lebih menarik kerana Kota Seriemas terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Litar Antarabangsa Sepang dan Terminal Tambang Murah (LCCT) selain menjadikannya pilihan tepat untuk kediaman ter baru.

Dalam menghargai sokongan setiap pemilik kediaman, dua unit rumah contoh dibina lengkap dengan tata hias penuh konsep.

Mereka yang berminat boleh berkunjung ke pejabat jualan Kota Seriemas atau menghubungi talian 06-7912720 (bilik pameran) atau 03-87399339 (pejabat) atau layari www.serie mas.com.



 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker