Pos Malaysia

Sat, 22 Nov 2008

 
 
» Siapa Kami?
» myArchive
» myAffiliate
» myClassifieds
» myMobile
» New Straits Times
» Business Times
» Malay Mail
» Berita Harian
» Harian Metro
» Web Sekolah
» Computimes
» Business Computing
» Travel Times
» Property Times
» Nuance
» Youthquake
» NIE
» Bintang Popular
» Joran
» Keterangan Umum
» Arkib Berita sejak 1991
» Pendaftaran Arkib
» Khidmat Pelanggan
» Syarat Penggunaan
» Yuran
» Soalan Lazim

: Hiasi bilik sang puteri



MENGHIAS bilik anak perempuan tentunya memerlukan sentuhan kreatif dan kebijaksanaan setiap ibu bapa.

Ternyata impian Norshita Mat Nayan, 31 dan suaminya Mohd Khairul Azmi Hasan, 31, untuk mewujudkan suasana ceria di bilik anak perempuan mereka Asfa Farhana, 3, menjadi kenyataan.

Buktinya program terbitan TV3, Casa Impian musim kedua minggu ini melakukan pengubahsuaian ke atas bilik berkenaan dengan memilih konsep moden sebagai tema penataan ruang.

Kemasan dinding bertona lembut diserikan dengan kehadiran katil sesuai untuk Asfa Farhana bersama aksesori hiasan seperti patung kegemarannya.

Malah, suasana pengubahsuaian di Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor itu lebih meriah dengan kehadiran artis Misha Omar, pengacaranya Faizal Ismail dan pereka hiasan dalaman Ben Firdaus Azraai.

Rancangan realiti pengubahsuaian itu disiarkan TV3 setiap Ahad, 12 tengah hari dengan membawakan konsep, wajah dan idea baru hiasan dalaman.

Anda hanya perlu menonton Casa Impian setiap minggu dan mengumpul jawapan bagi setiap soalan diberikan pada akhir rancangan 13 episod itu.

Maklumat lanjut, layari laman web www.tv3.com.my.



 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker