Pos Malaysia

Sat, 22 Nov 2008

 
 
» Siapa Kami?
» myArchive
» myAffiliate
» myClassifieds
» myMobile
» New Straits Times
» Business Times
» Malay Mail
» Berita Harian
» Harian Metro
» Web Sekolah
» Computimes
» Business Computing
» Travel Times
» Property Times
» Nuance
» Youthquake
» NIE
» Bintang Popular
» Joran
» Keterangan Umum
» Arkib Berita sejak 1991
» Pendaftaran Arkib
» Khidmat Pelanggan
» Syarat Penggunaan
» Yuran
» Soalan Lazim

: Serlah gaya Nusantara



MEMILIH produk kayu untuk melengkapi konsep hiasan dalaman gaya Nusantara dan warisan Melayu dilihat sebagai kemestian.

Tidak dinafikan elemen kayu mampu menyerlahkan fungsi ruang dan juga memberi daya tarikan pada laman.

Kelainan sentuhan seni pada setiap dekoratif kayu ternyata membawa gaya kreativiti tersendiri kepada Mega Ukir Craft yang terletak di Kampung Sepakat, Batang Berjuntai, Selangor.

Mengeluarkan pelbagai jenis produk berasaskan ukiran kayu, Mega Ukir Craft terus merealisasikan moto Berukir Indah Lagi Berseri.

Apatah produk ukiran kayu yang dihasilkan syarikat berkenaan mempunyai rahsia dan keunikan tersendiri untuk diselarikan dengan persaingan pasaran.

Menurut pemiliknya, Mohd Abdah Hasan, aspek ketelitian dan kekemasan menjadi fokus utama proses mengukir setiap jenis kayu supaya dapat menggarap kreativiti asli.

“Ditambah minat mendalam terhadap dunia ukiran kayu selama ini meletakkan motif kreatif khususnya bunga-bungaan menjadi pilihan utama selain disesuaikan dengan permintaan pelanggan.

“Menariknya, ukiran kayu dari dulu hingga kini tidak pernah lapuk ditelan zaman dan tetap menjadi keutamaan dalam menyerikan kediaman penuh gaya tradisional dan menggambarkan suasana semula jadi,” katanya.

Produk kayu ukiran antara pilihan melengkapi kemasan dinding dan ukiran sebagai aksesori hiasan ringkas.

Dekoratif panel ukiran kayu pelbagai motif menjadi produk paling popular dan mampu menjadi titik fokal ruang.

“Kehadiran panel ukiran kayu juga membawa pemandangan berbeza di sudut kediaman,” katanya.

Memartabatkan produk kayu ukiran setanding produk lain mendorong pelbagai jenis kayu ditampilkan termasuk nyatoh, cengal dan merbau.

Tidak hanya memilih kombinasi kayu yang bermutu dan tahan lasak kerana pada masa sama setiap rekaan motif pada ukiran kayu Mega Ukir Craft adalah berbeza.

Di samping itu, kehadiran elemen taman yang diserikan elemen berukiran kayu mampu mengilhamkan pemandangan semula jadi dan tradisional.

Binaan gazebo, pergola dan ukiran kayu pada anjung rumah turut membawa nama Mega Ukir Craft sebagai syarikat yang dikenali ramai.

Maklumat lanjut mengenai produk Mega Ukir Craft boleh berkunjung ke Lot 1961, Batu 49, Kampung Sepakat, Batang Berjuntai, Selangor.



 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker