Pos Malaysia

Sat, 22 Nov 2008

 
 
» Siapa Kami?
» myArchive
» myAffiliate
» myClassifieds
» myMobile
» New Straits Times
» Business Times
» Malay Mail
» Berita Harian
» Harian Metro
» Web Sekolah
» Computimes
» Business Computing
» Travel Times
» Property Times
» Nuance
» Youthquake
» NIE
» Bintang Popular
» Joran
» Keterangan Umum
» Arkib Berita sejak 1991
» Pendaftaran Arkib
» Khidmat Pelanggan
» Syarat Penggunaan
» Yuran
» Soalan Lazim

: Kejutan Razimah buat suami



MINGGU ini menerusi program terbitan TV3, Casa Impian musim kedua melaksanakan impian Razimah Ab Razak, 42, yang ingin memberikan kejutan kepada suami tercinta Ismail Baba, 57.

Disebabkan suaminya baru menjalani pembedahan pintasan jantung, pengubahsuaian bilik tidur utama diberi tumpuan pada kediaman teres yang terletak di Bukit Beruang, Melaka itu.

Suasana bilik tampil dengan wajah baru melalui kemasan dinding, perabot dan aksesori hiasan dalaman bertona har moni selain mengilhamkan ketenangan.

Ternyata ibu kepada empat cahaya mata itu amat gembira kerana impiannya untuk mewujudkan dekorasi terbaik bilik berkenaan tercapai demi keselesaan dan suaminya dapat berehat secukupnya.

Rancangan realiti pengubahsuaian itu disiarkan TV3 setiap Ahad, jam 12 tengah hari dengan membawakan konsep, wajah dan idea baru hiasan dalaman.

Bagi penonton di rumah yang penyertaan mereka tidak terpilih, jangan risau kerana masih ada peluang menanti mereka.

Anda hanya perlu menonton Casa Impian setiap minggu dan mengumpul jawapan bagi setiap soalan diberikan pada akhir rancangan 13 episod itu.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web www.tv3.com.my.



 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker