Pos Malaysia

Sat, 22 Nov 2008

 
 
» Siapa Kami?
» myArchive
» myAffiliate
» myClassifieds
» myMobile
» New Straits Times
» Business Times
» Malay Mail
» Berita Harian
» Harian Metro
» Web Sekolah
» Computimes
» Business Computing
» Travel Times
» Property Times
» Nuance
» Youthquake
» NIE
» Bintang Popular
» Joran
» Keterangan Umum
» Arkib Berita sejak 1991
» Pendaftaran Arkib
» Khidmat Pelanggan
» Syarat Penggunaan
» Yuran
» Soalan Lazim

: Penyeri kabinet aksesori



KEINDAHAN penataan ruang kediaman yang dilengkapi konsep pilihan memerlukan kombinasi sepadan elemen seperti aksesori hiasannya.

Dekorasi menarik dan tata hias susunan set pinggan mang kuk yang menjadi penyeri segenap ruang kabinet aksesori tentunya memberikan pandangan dan suasana berbeza.

Bukan sekadar keperluan di ruang makan, malah keunikan dekoratif set pinggan mangkuk kini mampu menyerlahkan suasana segar ruang yang bergaya eksklusif.

Menawarkan pelbagai jenis set pinggan mangkuk bergaya Timur Tengah, Bayti Living membawa kelainan tersendiri selain keistimewaan produk berkenaan.

Apatah lagi semua produk pinggan mangkuk yang di ketengahkan itu mempunyai daya tarikan tersendiri kerana diperbuat daripada kristal dan kaca berkualiti.

Menurut Pengurus Bayti Living Noor Affendy Abu Bakar, apabila memilih konsep Timur Tengah untuk penataan ruang kediaman, setiap elemen tata hias perlu diambil kira.

“Konsep Timur Tengah sememangnya sinonim dengan kemasan permaidani, pilihan tona sofa tona gelap, lampu hiasan gaya mewah serta pilihan set pinggan mangkuk unik dan menarik,” katanya.

Melengkapi konsep berkenaan, kini produk Bohemia Crys tals yang diimport dari Republik Czech, cukup indah dengan sentuhan gaya mewah lagi eksklusif.

Lakaran motif bunga-bungaan yang didekoratifkan pada setiap set minuman itu sebenarnya hasil buatan tangan penuh kreatif.

Didatangkan melalui beberapa warna pilihan iaitu putih, jingga, biru, hijau dan merah jambu, kemasan setiap cawan dan jagnya pula diserikan dengan kemasan tona emas pada bahagian atas.

Produk yang diadun sepenuhnya dengan kristal bermutu itu pasti mencuri perhatian walau di mana saja ia ditempatkan.

“Biasanya set pinggan mangkuk sebegini menjadi peng gemar kebanyakan pemilik kediaman kerana lebih sesuai dijadikan perhiasan dan menyuntik gaya mewah pada ruang kediaman.

“Bukan hanya menjadi pelengkap untuk konsep hiasan dalaman Timur Tengah, malah kehadiran set pinggan mang kuk bersifat dwifungsi ini lebih bermanfaat bagi anda yang gemarkan gaya mewah,” katanya.

Noor Affendy tidak menafikan semua set pinggan bergaya Timur Tengah yang ditawarkan Bayti Living itu bersifat tahan lasak dan keindahannya tidak pudar.

Sementara itu, set pinggan mangkuk polos bermotifkan bunga-bungaan juga tetap menjadi pilihan penggemar koleksi berkenaan kerana membawa kelainan tersendiri.

Berasaskan kaca berkualiti, ukiran motif yang dideko ratifkan menggarap sepenuhnya kreativiti seni serba indah.

“Istimewanya setiap produk ini bukan semata-mata terletak pada reka bentuk dan motifnya, tetapi proses penghasilannya yang menitik beratkan ketelitian serta kekemasan,” katanya.

Tidak ketinggalan, semua produk yang ditawarkan me ngikut permintaan pelanggan itu turut dilengkapi dengan aksesori hiasan lain seperti bekas lilin, bekas gula-gula dan bekas kuih-muih.

Beralamat di No 58-1, Jalan PJU 8/5B, Perdana Business Centre, Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor, Bayti Living dibuka pada jam 10 pagi hingga 7 malam setiap hari kecuali Ahad.



 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker