SUATU ketika dulu, sudut di bawah tangga kediaman menjadi ruang yang sering mengganggu pandangan dan kurang diberi tumpuan.
Kini perkembangan ilmu dekorasi dan kreativiti pemiliknya sudah mula meletakkan tata hias pada sudut berkenaan selain tampil berbeza.
Tidak hanya dijadikan sebagai tempat menyimpan barangan lama atau kurang digunakan, hakikatnya sudut bawah tangga menarik visual pandangan jika dihias sebaik mungkin.
Lebih mencuri perhatian kerana sudut bawah tangga juga boleh dijadikan tempat palbagai guna seperti ruang me nonton, ruang santai dan sudut belajar atau bekerja selain landskap mini menarik.
Meja konsol biasa boleh ditempatkan pada sudut tangga yang berbentuk curam ke bawah dan rendah serta aturkan kerusi mengarah keluar dari ruang berbucu itu.
Meletakkan dua sofa berukuran besar pada sudut bawah tangga tidak digalakkan kecuali ruang berkenaan memang luas.
Memadai hanya mengenengahkan sofa yang mempunyai satu tempat duduk saja diserikan sebuah meja sisi.
Ruang selebihnya boleh dimanfaatkan dengan meletakkan rak buku atau rak untuk mempemerkan aksesori hiasan.
Sementara sudut bawah tangga yang tinggi pula dica dangkan supaya beberapa kerusi dan kabinet siap dipasang menjadi pelengkap utama untuk mewujudkan ruang santai.
Sekiranya anda bercadang menjadikan sudut berkenaan sebagai ruang penyimpanan barang, pastikan terlebih dahulu konsep terbuka atau tertutup jenis kabinet pilihan anda.
Kerja menutup secara keseluruhan sudut bawah tangga untuk membina stor memang perkara mudah dilakukan, tetapi mungkin boleh menghilangkan seni penataan dekorasi sekitarnya.
Dalam usaha menyerlahkan dekorasi di sudut berkenaan, kabinet pasang siap berpintu kaca juga menarik dan pastikan aksesori di dalamnya tersusun rapi.
Menempatkan rak jenis bertingkat dengan pelbagai ke gunaan juga secara tidak langsung dapat membantu anda menyimpan barang-barang.
Paling penting sudut bawah tangga juga tidak terkecuali daripada sentiasa kelihatan kemas dan bersih.