Pos Malaysia

Sat, 22 Nov 2008

 
 
» Siapa Kami?
» myArchive
» myAffiliate
» myClassifieds
» myMobile
» New Straits Times
» Business Times
» Malay Mail
» Berita Harian
» Harian Metro
» Web Sekolah
» Computimes
» Business Computing
» Travel Times
» Property Times
» Nuance
» Youthquake
» NIE
» Bintang Popular
» Joran
» Keterangan Umum
» Arkib Berita sejak 1991
» Pendaftaran Arkib
» Khidmat Pelanggan
» Syarat Penggunaan
» Yuran
» Soalan Lazim

: Promosi Kraf Malaysia



BERMULA awal pagi, suasana di Sarawak Waterfront riuh rendah apabila orang ramai bertumpu untuk Promosi Kraf Malaysia.

Peminat kraftangan dan dekorasi pasti tidak melepaskan peluang mengunjungi promosi berprestij itu yang menawarkan pelbagai pilihan produk hiasan dan aksesori terbaik.

Idea penataan ruang kediaman juga dapat dilengkapkan dengan kehadiran aneka koleksi istimewa menerusi promosi berkenaan khususnya konsep Nusantara, tradisional dan warisan Melayu.

Dianjurkan Kraftangan Malaysia, promosi berkenaan berlangsung hingga esok itu dengan pelbagai pameran kraftangan tempatan dan luar Sarawak.

Kemeriahan suasana lebih terasa kerana acara Sarawak Regatta 2008 juga berlangsung di lokasi yang sama.

Berkunjung ke gerai Ringang Kimson, dekorasi serba indah gubahan bunga berasaskan daun getah cukup menarik perhatian kerana sesuai dijadikan hiasan meja atau kemasan dinding kediaman anda.

“Gubahan bunga hiasan ini lebih popular kerana bersifat dwifungsi dan tetap tampak segar sekiranya dijaga dengan teliti,” kata pemiliknya, Ringang Kimson, 47 tahun.

Sementara itu, dekoratif kraf seramik dari gerai AU Borneo Porcelain kelihatan ekslusif dan bagaikan melengkapi gaya mewah di kediaman anda.

Manakala gerai TMS Craft Shoppe tampil dengan kelainan produk pasu seramiknya yang menggabungkan gaya tradisional dan moden.

Mengetengahkan sepenuhnya hasil buatan tangan, produk kraf membanggakan itu adalah kreativiti tempatan.

Menurut Pengarah Kraftangan Malaysia Mohd Latif Dirun, aktiviti promosi kraf itu berlangsung sejak 2002.

“Promosi ini bertujuan menggalakkan dan memberikan peluang kepada usahawan kraf negara mempromosikan serta memasarkan produk kraf mereka di tempat tumpuan pengunjung.

“Beberapa aktiviti menarik disediakan iaitu promosi jualan kraf Malaysia, demonstrasi Kraf, pameran produk baru, pendidikan kraf & interaktif kraf dan persembahan kesenian yang secara langsung memperkenalkan keunikan produk berkenaan,” katanya.

Promosi jualan kraf Malaysia membabitkan 70 usahawan dari Sarawak, Sabah, Melaka dan Kelantan dengan kepelbagaian hasil kraf termasuk tekstil, seramik, hasil rimba, tembaga dan manik.

Sementara itu, demonstrasi kraf pula membabitkan lima usahawan yang berkongsi kepakaran dalam pelbagai bidang termasuk sulaman, keringkam, ukiran kayu dan pembuatan pasu.

Tidak ketinggalan pameran produk baru oleh Pereka Kraftangan Malaysia cawangan Sarawak dengan menampilkan konsep kontemporari kraf tekstil, hasil rimba dan seramik.

Jabatan Pelajaran Sarawak mengambil 25 pelajar dari Sekolah Seni Kuching untuk mendedahkan mereka seni pembuatan seramik, batik, manik dan anyaman begerang.

Jika mengunjungi Promosi Kraf Malaysia, jangan lupa singgah ke Kafe Berandau untuk menjamu selera berkonsepkan santai.

Promosi Kraf Malaysia dibuka jam 10 pagi hingga 10 malam.



 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker