Pos Malaysia

Sat, 22 Nov 2008

 
 
» Siapa Kami?
» myArchive
» myAffiliate
» myClassifieds
» myMobile
» New Straits Times
» Business Times
» Malay Mail
» Berita Harian
» Harian Metro
» Web Sekolah
» Computimes
» Business Computing
» Travel Times
» Property Times
» Nuance
» Youthquake
» NIE
» Bintang Popular
» Joran
» Keterangan Umum
» Arkib Berita sejak 1991
» Pendaftaran Arkib
» Khidmat Pelanggan
» Syarat Penggunaan
» Yuran
» Soalan Lazim

: Bersih, segar



SETIAP pemilik kediaman pasti mengimpikan ruang tampil bersih dan kemas bersama sistem pengaliran udara yang baik.

Perkara paling utama diberi tumpuan ialah pertukaran udara segar dan bersih melalui komposisi gas yang sihat untuk keperluan kesihatan anda seisi keluarga.

Pada masa sama penyejukan udara mewujudkan suasana selesa kerana punca pengudaraan biasanya terhasil daripada pergerakan angin atau udara semula jadi dan alat penyaman udara.

Tingkap membantu sistem pengudaraan selain menampilkan kelainan pada rumah bersama berfungsinya sebagai lubang angin dan laluan pengaliran udara serta cahaya.

Malah, tahap pengaliran udara dalam rumah biasanya bergantung kepada bukaan pintu dan tingkap.

Seterusnya pemilihan tingkap jenis sorong mewujudkan sistem pengaliran udara baik kerana bukaan yang luas.

Perlu diingat penggunaan panel skrin pada bahagian luar tingkap boleh menyekat kemasukan udara luar.

Bagaimanapun, pengudaraan dan penyejukan ruang menerusi penyaman udara berkesan dalam pertukaran udara dan penyejukan suhu.

Rutin penyelenggaraan alat penyaman udara juga perlu diberi perhatian bagi mengelak sebarang kerosakan dan pengaliran udara yang kurang sihat.

Jika ruang kediaman anda menggunakan penyaman udara, semua tingkap mesti ditutup bagi mengelak hawa panas masuk.

Gunakan kemasan langsir pada tingkap yang ditutup rapat tadi.

Anda perlu berhati-hati dengan habuk yang mungkin terperangkap pada permaidani atau fabrik sofa.



 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker