Pos Malaysia

Sat, 22 Nov 2008

 
 
» Siapa Kami?
» myArchive
» myAffiliate
» myClassifieds
» myMobile
» New Straits Times
» Business Times
» Malay Mail
» Berita Harian
» Harian Metro
» Web Sekolah
» Computimes
» Business Computing
» Travel Times
» Property Times
» Nuance
» Youthquake
» NIE
» Bintang Popular
» Joran
» Keterangan Umum
» Arkib Berita sejak 1991
» Pendaftaran Arkib
» Khidmat Pelanggan
» Syarat Penggunaan
» Yuran
» Soalan Lazim

: Kuiz Pengubagsuaian Kediaman



Penataan katil tampil kamar penuh gaya

Tidur yang nyenyak dipengaruhi set bilik tidur selesa dan menarik. Keselesaan juga pastinya lebih bermakna dengan penggayaan katil yang tampak mewah lagi eksklusif. Kepelbagaian reka bentuk katil memberi nafas baru dalam membangkitkan penataan ruang kamar.

A. Kamar utama – gaya rapi

Bersesuaian status sebagai ketua keluarga yang mementingkan kekemasan, sudah tentu keindahan kamar berhias rapi menjadi pilihan anda. Kedudukan katil Malm yang terletak pada dinding tumpu menyerlahkan kerapian susun aturnya. Malah kelainan yang ditampilkan di sebalik katil memberi impak berbeza dan membangkitkan gaya penataan kamar. Bukan saja dinding tumpu menjadi ruang perhiasan tetapi rak panjang yang berada di sebalik katil, dihiasi gambar serta aksesori berjaya menampilkan tata hias yang unik lagi eksklusif. Ruang kamar juga terserlah dengan pencahayaan lampu tumpu. Penggunaan warna-warna bumi seperti coklat dan kuning keperangan yang dipaparkan pada dinding serta perabot menampilkan keserasian gaya rapi serba indah. Katil Malm bersama rak dan kabinet kayu yang memaparkan rona sedondon mencetuskan lagi penggayaan rapi kamar utama ini.


B. Kamar remaja lelaki – gaya santai

Suasana ringkas bergaya santai sememangnya sinonim dengan personaliti remaja lelaki. Ringkas tidak semestinya kurang menarik. Justeru itu, kami tampilkan transformasi daripada suasana ringkas kepada suasana hebat. Biar ringkas tetapi hebat gaya hiasnya. Kemasan katil Mandal, begitu menonjol dengan adanya kepala katil serta rak kayu di hujung katil. Kepala katil ini juga berfungsi sebagai rak serba guna untuk bahan bacaan, aksesori dan lampu tumpu sekali gus memaksimakan ruang yang ada. Penggunaan rona hitam pada almari kayu dan merah pada lampu tumpu, kusyen serta sofa menyerikan lagi keceriaan kamar. Kombinasi warna putih dan hitam pada lampu terendak, kusyen serta aksesori kemasan katil memaparkan suasana kontra namun berupaya memberikan tata hias kamar yang indah lagi selesa. Keseluruhan dinding yang diwarnai dengan rona putih sememangnya sesuai dipadankan dengan kepelbagaian warna yang terpancar di kamar ini.


C. Kamar remaja perempuan – gaya feminin

Apabila melangkah ke kamar yang dihiasi warna-warna feminin seperti merah jambu, maka sudah pasti terlintas di fikiran anda penghuninya adalah perempuan. Jelas terpampang kelembutan merah jambu pada dinding. Namun untuk membangkitkan suasana kontra dengan mengekalkan gaya feminin, warna putih dipilih untuk menghiasi ruang kamar, antaranya ialah bingkai cermin, hiasan dinding, lampu tumpu dan pasu. Manakala cetusan keseragaman diperlihatkan melalui penggunaan warna kelabu pada katil Heimdal steel dan aksesorinya. Untuk menyerlahkan keanggunan gaya feminin, aksesori katil juga diwarnai rona merah jambu dan ungu. Langsir telus putih yang digantung pada belakang katil bukan sekadar hiasan semata malah ia juga berfungsi sebagai pembahagi ruang di antara katil dan almari. Reka bentuk katil yang begitu ringkas dan mempunyai ruang kosong dimanfaatkan sebaik mungkin. Anda boleh memaksimakan bahagian bawah katil dengan meletakkan kotak simpanan mudah alih seperti yang dipaparkan.



 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker