Pos Malaysia

Sat, 22 Nov 2008

 
 
» Siapa Kami?
» myArchive
» myAffiliate
» myClassifieds
» myMobile
» New Straits Times
» Business Times
» Malay Mail
» Berita Harian
» Harian Metro
» Web Sekolah
» Computimes
» Business Computing
» Travel Times
» Property Times
» Nuance
» Youthquake
» NIE
» Bintang Popular
» Joran
» Keterangan Umum
» Arkib Berita sejak 1991
» Pendaftaran Arkib
» Khidmat Pelanggan
» Syarat Penggunaan
» Yuran
» Soalan Lazim

: Idea unik cipta taman



BUNYI desiran air yang mengalir dari panel dinding taman sudah cukup menggambarkan suasana tenang mendamaikan.

Keindahan itulah yang membuatkan kunjungan penulis ke kediaman Yanti Mohd Yasin, 31, di Setia Alam, Selangor lebih bermakna selain menyaksikan latar landskap penuh konsep.

Biarpun hanya taman kecil, kesesuaian reka letak, pilihan tanaman serta binaan unik kolam secara memanjang yang diserikan dengan ikan koi dan puyu benar-benar memukau pandangan.

Berkonsepkan kontemporari tropika, kehadiran pelbagai pepohon hijau seperti Nephenthus spp atau periuk kera, Asplenium nidus (paku-pakis) dan Platycerium coronarium (tanduk rusa) menghijaukan lagi latar taman.

Tidak hairanlah kediaman berkenaan meraih tempat pertama Pertandingan Landskap Kediaman Setia Alam kategori rumah tengah/lot tepi 2008.

Menurut Yanti, dia dan suaminya Norsalehe Mohd Darus, 47, mula membina taman indah itu sebaik mendiami rumah berkenaan Disember tahun lalu.

Kombinasi idea mencipta suasana taman terbaik lebih mudah dan berjalan lancar kerana Yanti sendiri mempunyai ilmu asas berkenaan landskap sementara suaminya memang menceburi dunia kejuruteraan sebelum ini.

Minat mendalam terhadap dunia landskap juga sering mendorong anak kelahiran Klang, Selangor itu untuk berkunjung ke pusat tanaman bunga sekiranya ada kelapangan waktu.

“Tiada lain yang kami fikirkan kecuali terbinanya taman ringkas yang memberikan seribu ketenangan dan mengilhamkan inspirasi sepanjang masa.

“Binaan taman ringkas yang hanya mengambil sedikit ruang sebelah kiri kediaman sebenarnya lebih menyerlahkan konsepnya tersendiri berbanding ruang sebelah kanan yang hanya diserikan beberapa pokok pasuan,” katanya.

Yanti berkata, pilihan taman pada bahagian itu juga tidak mengganggu ruang letak kereta dan keselesaan pergerakan ketika berada di bahagian luar rumah.

Apatah lagi, ruang letak kereta itu juga sering dijadikan tempat barbeku dan mengadakan majlis keramaian.

Malah, konsep kontemporari tropika pada taman diselarikan dengan kemasan dinding tona ala semula jadi bersebelahan pintu masuk kediaman.

Bergelar suri rumah sepenuh masa ternyata memberi peluang kepada Yanti untuk menumpukan perhatian serius dalam proses penyelenggaraan dan rutin penjagaan taman berkenaan.

Awal pagi biasanya menjadi waktu terbaik untuk Yanti meluangkan masa berada di taman kecil itu selain mengubah suai kedudukan tanaman.

Ketika melangkah ke ruang tamu kediaman itu, mata pula terpaku dengan keunikan idea ciptaan taman peribadi yang kedudukannya berhadapan ruang berkenaan.

Jika tidak diteliti sepenuhnya, tentunya tidak menyangka taman peribadi di ruang tamu itu sebenarnya adalah kesinambungan daripada taman indah yang melatari laman.

Bersebelahan pula dengan bilik riadah, kehadiran taman peribadi tanpa bumbung itu menyuntik visual pemandangan seterusnya menjadi terapi kesihatan.

“Taman peribadi ini dicipta untuk membawa kelainan serta suasana berbeza kepada keluarga dan tetamu yang bertandang.

“Lagipun penataan dekorasi kediaman memberikan persepsi tersendiri dan keindahan taman serta ruang hiasan menggambarkan sepenuhnya jiwa pemilik,” kata Yanti.



 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker