KONSEP dekorasi pilihan lebih eksklusif dengan kehadiran perabot istimewa bersama reka bentuk menarik, sesuai dalam melengkapi tata hias ruang.
Menyedari kepelbagaian cita rasa dan konsep hiasan dalaman yang diketengahkan sejak kebelakangan ini membuatkan Perabot Bahagia Sdn Bhd tampil berbeza.
Suasana ruang pamerannya tampil dalam suasana ceria dan menginspirasikan gaya sebenar penataan ruang.
Menurut Pengurus Pemasaran Perabot Bahagia, K C Koh, dekorasi lengkap yang benar-benar menggambarkan suasana setiap ruang penting sebagai cetusan idea untuk pelanggan.
“Ia secara tidak langsung menggambarkan personaliti pemiliknya, jadi pilihan perabot terbaik perlu difikirkan seteliti mungkin supaya kemasan kediaman tampil berbeza.
“Ruang tamu umpamanya menjadi tempat paling utama untuk meraikan keluarga dan tetamu yang selalunya diberi penekanan dari segi konsep penataannya,” kata Koh.
Mudah disesuaikan dengan pelbagai konsep hiasan dalaman atau lebih tepat dengan pilihan suai padan, koleksi produk Perabot Bahagia ditampilkan dengan reka bentuk eksklusif.
Pelbagai jenis sofa, kabinet, almari dan set meja makan menarik ditawarkan dalam aneka reka bentuk bercirikan kontemporari.
Ruang pameran Children Wonderful World syarikat terbabit menawarkan pelbagai jenis reka bentuk katil, tilam dan aksesori kelengkapan bilik tidur yang menarik perhatian untuk si kecil.
“Bagi keluasan ruang bilik tidur si kecil yang terhad, katil khas yang digabungkan dengan meja belajar disediakan selain menekankan ciri keselamatan,” kata Koh.
Melengkapi keistimewaan produknya, Perabot Bahagia turut menawarkan pelbagai kombinasi perabot untuk kelengkapan ruang pejabat pada harga berpatutan.
Perabot Bahagia boleh dikunjungi di di Lot 6298, Persiaran Raja Muda Musa, Klang, Selangor atau cawangan lain termasuk di Seksyen 9, Shah Alam; Taman Dagang, Ampang dan Bandar Kinrara, Puchong atau layari www.bahagia-furniture.com.