Pos Malaysia

Sat, 22 Nov 2008

 
 
» Siapa Kami?
» myArchive
» myAffiliate
» myClassifieds
» myMobile
» New Straits Times
» Business Times
» Malay Mail
» Berita Harian
» Harian Metro
» Web Sekolah
» Computimes
» Business Computing
» Travel Times
» Property Times
» Nuance
» Youthquake
» NIE
» Bintang Popular
» Joran
» Keterangan Umum
» Arkib Berita sejak 1991
» Pendaftaran Arkib
» Khidmat Pelanggan
» Syarat Penggunaan
» Yuran
» Soalan Lazim

: Batik seri kediaman



KEINDAHAN seni batik kini bukan sekadar mewarnai dunia fesyen malah menyeri ruang penataan hiasan dalaman.

Bagi anda yang menggemari koleksi hiasan dalaman berasaskan batik, kunjungi Temasya Batik & Tenun Malaysia di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur.

Temasya yang berakhir hari ini bagi menggalakkan penggunaan batik dan tenun untuk hiasan dalaman dan fesyen pakaian masyarakat negara ini.

Menariknya menerusi pameran hiasan dalaman dan tenun ini, anda berpeluang menyaksikan koleksi hiasan dalaman berasaskan kraf tekstil batik dan tenun pelbagai rekaan serta warna menarik untuk ruang kediaman, pejabat atau hotel.

Pameran berkenaan turut memberi tumpuan kepada pasaran Eropah.

Merealisasikan perkembangan dunia hiasan dalaman, pameran berkenaan ternyata membawa dimensi baru dan inspirasi idea terbaik untuk anda yang gemarkan keunikan produk batik dan tenun.

Menariknya segenap ruang pameran hiasan dalaman dan tenun ditata hias lengkap dengan fungsi ruang tersendiri.

Ruang tamu diserikan dengan pelbagai koleksi hiasan seperti bantal hiasan, alas meja dan dekorasi kertas dinding bercorak batik.

Sentuhan idea seni batik pada pemidang kayu juga membawa kelainan tersendiri seterusnya menyuntik visual pandangan berbeza di ruang tamu.

Keunikan idea kemasan ruang makan juga tidak kurang hebatnya apabila gaya eksklusif hotel diketengahkan dengan kelengkapan termasuk set pinggan mangkuk, alas meja dan napkin batik.

Mata juga tidak terlepas pandang kehadiran lantern batik dalam reka bentuk kreatif pelbagai warna.

Apatah lagi simbahan cahaya lampu berkenaan sudah cukup mewujudkan suasana harmoni dan romantik pada segenap ruang pameran itu.

Menyerikan lagi pameran hiasan dalaman dan tenun 2009, ruang kamar istimewa berlatarkan fabrik batik turut mencuri perhatian kerana konsep dekorasi yang diketengahkan menepati cita rasa semua pihak.

Di samping itu penataan ruang kediaman, pejabat dan hotel tentunya tidak lengkap tanda kehadiran aksesori hiasan dinding.

Kunjungi gerai Khairos Imani Enterprise kerana menawarkan pelbagai koleksi model baju kebaya sulaman nyonya yang dibingkaikan untuk kemasan ruang dinding.

Pengurus Khairos Imani Enterprise, Khairiyah Ghazali, berkata kebaya sulaman nyonya yang dibingkaikan sering mendapat tempat di kalangan masyarakat negara ini kerana kehalusan seni sulaman itu sendiri dan nilai estetikanya.

“Uniknya, kebaya sulaman nyonya yang dibingkaikan sesuai untuk menyerikan ruang dinding pelbagai konsep hiasan dalaman pilihan,” katanya.



>Info

  • AKTIVITI lain yang diadakan sempena Temasya Batik & Tenun Malaysia ialah pameran fesyen batik dan tenun, jualan kraf batik dan tenun, demonstrasi kraf, interaktif -mari belajar kraf dan pertandingan kraf.

  • Di buka bermula 10 pagi hingga 8 malam, temasya berkenaan memberi perhatian kepada nilai komersial dan pendidikan minda kreatif dalam memastikan kesinambungan warisan negara terutamanya generasi muda.

  • Lokasi Temasya Batik & Tenun Malaysia ialah di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur.

  • Pameran bermula 21 Ogos hingga 30 Ogos 2008.

  • Sebarang maklumat hubungi 03-21627533.


  •  
    MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
    Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
    © Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker