ANYAMAN bergerang mempunyai keunikan tersendiri khususnya motif dan kepelbagaian produk dihasilkan.
Berasaskan daun pandan hutan, anyaman yang cukup terkenal di Sarawak itu mampu menyerlahkan gaya baru pada ruang kediaman anda.
Bukan sekadar melengkapi konsep dekorasi Nusantara dan warisan Melayu, malah anyaman penuh kreatif yang dipertahankan sejak 100 tahun lalu itu melahirkan suasana kedesaan.
Bagi Ngot Bee, 80, yang mewarisi kepakaran menganyam bergerang sejak turun-temurun, keunikan anyaman itu membawa nilai estetika tersendiri.
Bertempat di kediamannya di Kampung Semera Ulu Sadong Jaya, Asajaya, Kota Samarahan, Sarawak, Ngot berkongsi kepakarannya dengan teknik anyaman bergerang.
>Bahan-bahan:
- Daun pandan hutan, jangat (alat untuk mencarik daun) dan pisau.
Langkah 1
-Daun pandan tadi dicarik hingga halus atau saiz yang sesuai dianyam.
-Rebus daun tadi dalam jangka masa 15 minit
-Rendam dua malam
-Kemudian jemur hingga kering
-Daun yang diwarnakan juga perlu dijemur hingga kering.
Langkah 2
-Proses menganyam bergerang bermula berdasarkan motif dan produk sama ada tikar, cenderahati atau bakul.