Pos Malaysia

Sat, 22 Nov 2008

 
 
» Siapa Kami?
» myArchive
» myAffiliate
» myClassifieds
» myMobile
» New Straits Times
» Business Times
» Malay Mail
» Berita Harian
» Harian Metro
» Web Sekolah
» Computimes
» Business Computing
» Travel Times
» Property Times
» Nuance
» Youthquake
» NIE
» Bintang Popular
» Joran
» Keterangan Umum
» Arkib Berita sejak 1991
» Pendaftaran Arkib
» Khidmat Pelanggan
» Syarat Penggunaan
» Yuran
» Soalan Lazim

: Penataan untuk ketenangan



DALAM melengkapkan persiapan menjelang Aidilfitri, menghias kediaman menjadi perkara paling utama khususnya meraikan keluarga dan tetamu.

Biasanya langsir baru ditukar, perabot baru diganti, dinding lama dicat semula dan susun atur hiasan dalam rumah diperkemaskan dekorasinya.

Meletakkan aspek penataan terbaik kediaman sebagai inspirasi dalam kehidupan dan mengilhamkan ketenangan sepanjang masa, kini katalog IKEA 2009 membawa kelainan tersendiri.

IKEA antara gedung perabot terkemuka cukup sinonim dengan dunia hiasan dalaman menjadikan katalog sebagai alat komunikasi mustahak untuk menyampaikan idea perniagaan seterusnya merealisasikan kehidupan yang lebih baik.

Setiap September saban tahun sejak 1951, IKEA memberikan menampilkan koleksi perabot terbaik dan katalog IKEA 2009 sarat dengan inspirasi baru serta penyelesaian kepada cita rasa pemilik kediaman.

Menurut Pengurus Komunikasi dan Pemasaran IKEA, Yap Poh Choo, katalog baru didatangkan dengan saiz yang lebih menarik dan lebih kecil untuk keselesaan pelanggan memegang atau membacanya.

“Ia menjadi buku rujukan kelengkapan rumah yang lebih kontemporari dan berperanan sebagai buku panduan untuk mewujudkan suasana kediaman praktikal.

“Katalog IKEA 2009 mempunyai 376 muka surat yang menampilkan produk baru, fungsi dan harga perabot kediaman yang berpatutan,” katanya.

Katalog baru itu juga dicetak sebanyak 198 juta naskhah dalam 27 bahasa dan dibaca lebih kurang 400 juta orang di 38 negara.

Malah, katalog berkenaan turut menjadi pencetus idea untuk merancang penataan terbaik kediaman tanpa kehadiran produk hiasan dalaman mahal atau sukar ditemui.

Harga yang ditawarkan itu adalah sah bermula bulan ini hingga Julai tahun depan.

Paling penting anda memiliki keberanian untuk merancang asas penataan kediaman selari dengan gaya hidup selain mencerminkan imej peribadi pemiliknya.

Melihat kepentingan dan saling berkaitan antara IKEA dan masyarakat negara ini, satu kajian Sayangi Rumah Anda dijalankan pada Julai lalu.

“Seramai 15,000 rakyat negara ini menyatakan kepada IKEA interaksi di rumah, perkara yang digemari dan kehidupan seharian di rumah.

“Kajian berkenaan penting untuk mengetahui cita rasa dan gaya hidup masyarakat negara ini selain memberikan kami kefahaman serta inspirasi untuk meneruskan visi IKEA dalam meningkatkan kehidupan,” katanya.

Seterusnya bagi memberi gambaran lebih jelas kepada pelanggannya, kunjungi IKEA di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor kerana mengenengahkan koleksi terbaru dengan dekorasi lengkap bagaikan kediaman sebenar.

Layari www.IKEA.com.my untuk sebarang maklumat lanjut.



 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker