MEMPELBAGAIKAN tanaman di laman semestinya mewujudkan suasana persekitaran hijau dan sejuk mata memandang.
Tumbuhan yang hidup bagaikan ‘tergantung’ di udara atau ‘air plant’ sering menghiasi penjuru laman dan ada yang digantung pada pergola atau gazebo.
Tumbuhan yang dikenali sebagai janggut nabi sulaiman atau tergolong sebagai tumbuhan ‘air plant’ dalam spesies Tillandsia pasti menyuntik suasana baru di laman anda.
Keunikan tumbuhan berkenaan memberi kelebihan kepada anda dalam menyerikan konsep tropika dan kontemporari.
Apatah lagi, tumbuhan yang senang membiak dan mudah dijaga itu tidak memerlukan penjagaan rapi, cukup sekadar diletakkan pada sudut sesuai.
Bagaimanapun, janggut nabi sulaiman yang sudah tua perlu dipindahkan atau dibiakkan ke tempat lain.
Berikut cetusan idea membiakkan tumbuhan berkenaan oleh Melati Evergreen Enterprise yang beralamat di No PT 8734, Jalan Langkawi, Setapak, Kuala Lumpur:
Sediakan bahan-bahan:(Gambar 1)
- Jaring, penggantung dawai, pokok janggut nabi sulaiman dan peralatan berkebun seperti sarung tangan dan gunting.
Langkah 1 (Gambar 2)
- Jaring perlu dibentuk bulat dan dicantumkan.
Langkah 2 (Gambar 3)
- Ikat rapi penggantung dawai pada jaring tadi secara tiga penjuru.
Langkah 3 (Gambar 4)
- Sangkut jaring yang sudah diikat penggantung dawai pada tempat atau sudut pilihan anda di laman.
Langkah 4 (Gambar 5)
- Carik-carikkan sebahagian kecil pokok janggut nabi sulaiman tadi dan letakkan pada jaring mengikut kreativiti anda.
Info:
Tumbuhan ini lebih sesuai hidup di tempat redup.
Biasanya digantung pada pagar, bawah pokok dan garaj kereta.