Pos Malaysia

Sat, 22 Nov 2008

 
 
» Siapa Kami?
» myArchive
» myAffiliate
» myClassifieds
» myMobile
» New Straits Times
» Business Times
» Malay Mail
» Berita Harian
» Harian Metro
» Web Sekolah
» Computimes
» Business Computing
» Travel Times
» Property Times
» Nuance
» Youthquake
» NIE
» Bintang Popular
» Joran
» Keterangan Umum
» Arkib Berita sejak 1991
» Pendaftaran Arkib
» Khidmat Pelanggan
» Syarat Penggunaan
» Yuran
» Soalan Lazim

: Tarikh akhir Anugerah Pereka Muda



NIPPON Paint (M) Sdn Bhd (Nippon Paint Malaysia) meminta mereka yang menyertai Anugerah Pereka Muda Nippon Paint 2008 menghantar penyertaan mereka sebelum 30 September ini.

Anugerah yang dilancarkan 28 Jun lalu itu terbuka kepada pelajar dalam kursus reka bentuk dalaman atau seni bina di negara ini.

Penyertaan itu sama ada pelajar diploma tahun akhir atau program ijazah tahun tiga.

Penolong Pengurus Besar Pemasaran Nippon Paint Malaysia, Gladys Goh, berkata syarikat itu komited untuk menyokong dan membimbing bakat muda tempatan.

“Kami berharap pereka bentuk dalaman dan pelajar seni bina mengambil peluang itu untuk menonjol kemahiran mereka.

“Matlamat anugerah itu untuk menguji kemahiran sejauh mana pelajar dapat mencari idea baru dalam penggunaan warna,” katanya.

Beliau berkata, pemenang anugerah emas (dalaman dan luaran) akan menerima biasiswa bernilai RM3,000, tropi khas dan tajaan melawat Studio Nippon Paint Colour di Tokyo, Jepun.

Pemenang tempat kedua setiap kategori menerima biasiswa bernilai RM2,000 dan dua hadiah sagu hati setiap satu menerima biasiswa RM500.

Penyertaan lengkap perlu dialamatkan ke 10-2, Jalan Tiara 1A, Bandar Baru Klang, 41150 Klang, Selangor.

Nama pemenang akan diumumkan dalam majlis khas yang akan diadakan di Kuala Lumpur, November ini.

Maklumat lanjut mengenai anugerah ini, sila menghubungi talian 03-33420900 atau laman web.



 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker