Pos Malaysia

Sat, 22 Nov 2008

 
 
» Siapa Kami?
» myArchive
» myAffiliate
» myClassifieds
» myMobile
» New Straits Times
» Business Times
» Malay Mail
» Berita Harian
» Harian Metro
» Web Sekolah
» Computimes
» Business Computing
» Travel Times
» Property Times
» Nuance
» Youthquake
» NIE
» Bintang Popular
» Joran
» Keterangan Umum
» Arkib Berita sejak 1991
» Pendaftaran Arkib
» Khidmat Pelanggan
» Syarat Penggunaan
» Yuran
» Soalan Lazim

: Dunia Arab di Souk Bazar



BERLATARKAN keindahan dekorasi tradisional Arab, Souk Bazar di pusat membeli-belah terkemuka negara The Curve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor, membawa kelainan tersendiri.

Dalam kesibukan membuat persiapan menjelang Aidilfitri, lapangkan masa melihat dekorasi menarik yang ditampilkan untuk hari lebaran.

Berada di Souk Bazar, anda bagaikan dibawa ke dunia tradisional Arab dipenuhi khemah, gurun dan latar masyarakatnya.

Di situ anda berpeluang mendapatkan pelbagai kelengkapan Aidilfitri termasuk aneka pinggan mangkuk untuk sajian di meja makan, permaidani indah, koleksi pakaian, aksesori wanita dan kuih-muih yang menggamit selera.

Lebih kurang 12 gerai mengambil bahagian dalam Souk Bazar iaitu Astana Carpet, BB Munchies Homemade, Le Tresor Galleria, Little Haven, Living Quarters, Uluwatu, Bac Medacena Boutique, East Art Ent, Emergween Ent, Jedan Collection, Natural Home Decor dan Serikapas.

Menurut Pengurus Pusat The Curve, Adele D Flores, setiap tahun pusat membeli-belah berkenaan mewujudkan suasana berbeza khususnya meraikan perayaan besar seperti Aidilfitri.

“Kita mahu pengunjung menikmati keindahan dekorasi persekitaran selain datang membeli-belah.

“Apatah lagi pelbagai aktiviti bermanfaat disediakan setiap hujung minggu di Souk Bazar termasuk tarian Arab, kisah Aladin dan bengkel aksesori yang menarik banyak penyertaan,” katanya.

Adele berkata Souk Bazar yang diadakan bermula 5 September lalu dijangka berakhir 5 Oktober ini.

Bagi menarik pengunjung, setiap gerai menawarkan produk istimewa dengan tata hias lengkap memukau pandangan.

Berkunjung ke gerai Astana Carpet umpamanya, pelbagai idea konsep dekorasi berasaskan permaidani dan kayu diperoleh.

Menariknya koleksi permaidani tenunan tangan turut ditawarkan dan Astana Carpet tentunya menjadi pelengkap kepada anda yang gemarkan konsep mewah atau Timur Tengah.

Sambil meninjau pilihan terbaik kemeriahan Aidilfitri, halwa telinga pengunjung turut dihiburkan dengan alunan lagu Aidilfitri nyanyian beberapa artis tempatan.

Tidak ketinggalan kehadiran air pancuran dengan mini landskap semula jadi di tengah Souk Bazar turut mencuri perhatian ramai kerana secara tidak langsung mengilhamkan ketenangan.

Bersebelahan air pancuran, keunikan reka bentuk khemah ala Arab menempatkan dua buaian kayu dan tempat duduk berkusyen berinspirasikan suasana santai sambil membeli-belah.

“Reka bentuk khemah ala Arab ini menjadi pentas kepada setiap persembahan hujung minggu.

“Dekorasi khemah ini lebih kepada suasana santai memberi keselesaan kepada pengunjung selain merasai suasana unik ini,” katanya.

Pengunjung juga tidak melepaskan peluang mendekati sudut menarik berlatarkan gurun dan replika unta di Souk Bazar.



 
MUKA DEPAN | BERITA | RAP | VARIASI | TANYA PAKAR | VIDEO | ARKIB SEMINGGU | INFORMASI | TEAM METRO | I-METRO
Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara 2008 The New Straits Times Press (M) Berhad tracker