Asia

Paparan imej digital Godzilla sempena ulang tahun ke-70

Oleh Reuters

Tokyo: Pengunjung Bangunan Nombor 1 Kerajaan Metropolitan Tokyo menyaksikan paparan watak Godzilla setinggi 100 meter sempena ulang tahun ke-70 watak fiksyen berkenaan.

Godzilla juga adalah duta pelancongan Shinjuku, sebuah daerah di ibu negara Jepun.

Raksasa radioaktif itu adalah sebahagian daripada projek unjuran pemetaan di dewan bandar raya ibu negara yang telah berlangsung sejak 25 Februari 2024.

Pegawai mula menayangkan imej digital Godzilla pada Sabtu sebagai sebahagian daripada usaha ibu negara itu untuk menarik lebih ramai pelancong ke Shinjuku, salah satu tempat hiburan malam terbesar di Tokyo.

Penonton akan dapat melihat Godzilla digital tiga kali sehari pada cuti kebangsaan Jepun dan pada hujung minggu hingga 6 Mei.

Disiarkan pada: April 28, 2024 @ 3:06pm
d