Asia

Pelancong 'buat hal', Jepun pasang penghadang

Oleh AFP

Tokyo: Penghadang untuk menghalang pemandangan Gunung Fuji di belakang salah sebuah kedai serbaneka, Lawson di bandar peranginan Fujikawaguchiko akan mula dipasang dalam masa terdekat.

Ia berikutan tindakan pelancong yang tidak mengikut peraturan dan bertindak luar kawalan.

Pembinaan jaring dengan ketinggian 2.5 meter dan sepanjang 20 meter itu akan bermula minggu depan.

"Adalah dikesalkan kami terpaksa melakukan ini kerana sesetengah pelancong yang tidak boleh menghormati peraturan.

"Mereka meninggalkan sampah dan mengabaikan peraturan lalu lintas, menurut penguat kuasa kepada AFP.

Gunung Fuji, gunung tertinggi Jepun, boleh diambil gambar dari banyak tempat di bandar peranginan Fujikawaguchiko.

Namun premis tersebut menjadi lokasi mengambil foto yang popular dan ia tular di media sosial," kata pegawai bandar itu yang enggan namanya disiarkan.

Pelancong yang kebanyakan bukan warga Jepun memenuhi kawasan dan jalan berturap di situ.

Terdapat tanda lalu lintas dan amaran berulang daripada pengawal kesempatan tetapi tidak diendahkan.

Berikutan itu, pemasangan skrin besar menjadi pilihan terakhir.

Langkah itu juga bertujuan untuk melindungi klinik pergigian berhampiran daripada serangan pelancong.

Mereka kadangkala meletak kenderaan di situ tanpa kebenaran malah pernah dilihat memanjat bumbung klinik untuk mendapatkan gambar yang sempurna.

Ia adalah tindakan terbaharu di Jepun terhadap pelancongan selepas penduduk daerah geisha Kyoto mengharamkan pelawat ke lorong peribadi kecil tahun ini.

Rekod bilangan pelancong luar negara melancong ke negara itu, di mana pelawat bulanan melebihi tiga juta pada bulan Mac buat kali pertama.

Pelancongan ke Jepun berkembang pesat sejak sekatan sempadan era pandemik ditarik balik, dan kerajaan telah bekerja keras untuk meningkatkan bilangan pelawat.

Tetapi ini tidak dialu-alukan secara universal - termasuk di Kyoto di mana penduduk tempatan mengadu tentang pelancong yang mengganggu geisha di bandar itu.

Dan pada musim panas ini, pejalan kaki yang menggunakan laluan paling popular untuk mendaki Gunung Fuji akan dikenakan bayaran dengan nombor dihadkan untuk mengurangkan kesesakan.

Destinasi utama lain di seluruh dunia juga bergelut dengan bilangan pelawat, dan pada hari Khamis Venice mula mengenakan bayaran kepada pelancong sehari untuk masuk untuk menangani pelancongan besar-besaran.

Disiarkan pada: April 28, 2024 @ 3:53pm
d