Asia

Menteri luar Thailand letak jawatan mengejut

Oleh Reuters

Bangkok: Menteri Luar Thailand Parnpree Bahiddha-Nukara meletak jawatan secara mengejut selepas kehilangan peranan sebagai timbalan perdana menteri dalam rombakan kabinet, lapor media tempatan pada Ahad.

Reuters tidak dapat mengesahkan laporan media itu.

Jurucakap kerajaan memberitahu Reuters dia akan menyemak perkara itu.

Kabinet baharu Perdana Menteri Srettha Thavisin yang diperakui oleh raja Thailand dan diterbitkan dalam Warta Diraja rasmi pada Ahad menunjukkan Parnpree hanya disenaraikan sebagai menteri luar, tidak lagi sebagai timbalan perdana menteri.

Disiarkan pada: April 28, 2024 @ 5:28pm
d