Rabu,24 September 2014

‘Achey sudah ada bakat semula jadi’

Oleh Norhadiani Baharom

Bermula pada kedudukan yang cukup selesa kemudian graf persembahannya me要urun, namun itu tidak menghalang Mohd Nasir Hamzah, 27, atau Achey bangkit dengan persembahan menghiburkan menerusi malam final Bintang Mencari Bintang (BMB) di Stadium Melawati, Shah Alam, malam kelmarin, sekali gus muncul juara musim pertama program itu.

Memilih topik ring虺as namun dekat di hati masyarakat, persembahan bersahaja Archey sama ada beraksi secara solo untuk segmen pertama mahupun bersama mentornya, Harun Salim Bachik di segmen kedua, meyakinkan peminatnya untuk menobatkannya sebagai juara BMB, program realiti yang baru diperkenalkan TV3, tahun ini.

Nyanyian Achey menerusi lagu Anggapanmu (Ziana Zain), September (Datuk Sharifah Aini) dan Gadis Pilihan (Harun Salim Bachik dan Jalil Hamid) yang diubah sedikit liriknya bagi disesuaikan dengan topik sketsa, turut mendapat pujian komposer Ajai yang menyifatkan nyanyiannya sempurna.

Kejayaan Achey itu bukan saja melakar sejarah tersendiri apabila muncul sebagai juara musim pertama BMB, malah Archey dan Harun Salim Bachik yang menang bergaya dengan memperoleh 79.3 peratus markah turut membawa pulang wang tunai RM200,000 berserta trofi.

Foto

BOCIK mempersembahan sekuel ‘Kembar Bangladesh’ yang pernah dipersembahkan mereka pada konsert mingguan.

Foto

PERSEMBAHAN kumpulan Tapaw cukup menarik.

Foto

TITAN mencerna minda penonton dengan naskhah Hang Tuah & Hang Jebat.

Foto

JURI BMB (dari kiri) Badul, Ogy dan Ajai.

Foto

ACHEY dan Harun tepati ramalan apabila muncul juara BMB.


“Alhamdulillah terlebih dulu saya mengucapkan syukur kepada Allah SWT di atas kurniaan-Nya serta rezeki kepada saya sehinggakan saya mendapat anugerah yang tidak pernah saya sangka dan impikan selama ini.


“Daripada seorang yang tidak tahu apa-apa, saya diberi peluang Kak Ogy (Fauziah Ahmad Daud) dan Ajai sewaktu peringkat uji bakat dan kemudian mendapat bimbingan daripada sifu saya, Harun Salim Bachik.

“Dialah orang yang bertanggungjawab di atas kejayaan saya malam ini, malah saya amat berterima kasih kepada beliau kerana memberikan peluang dan pengajaran yang begitu baik semasa saya di bawah bimbingannya,” katanya.

Menyifatkan sifunya itu seorang yang sentiasa tenang dalam menyalurkan ilmu, dua hari sebelum beraksi di pentas final Harun mengajak Achey melakukan aktiviti riadah yang tidak masuk akal.

“Jumaat lalu Harun ajak saya bersiar-siar di taman. Bunyinya macam tidak masuk akal tetapi sebenarnya cara itu membuatkan saya lebih menghalusi kerenah orang ramai dan kemudiannya saya terapkan dalam persembahan kedua saya tadi. Proses pembelajaran dan latihan dengan Harun sememangnya me要yeronokkan,” katanya.

Mengusahakan perniagaan bengkel kereta, Achey mahu menggunakan wang kemenangan itu untuk membesarkan perniagaannya.

“Saya akan terus bekerja sebagai mekanik dan Insya-Allah dengan wang kemenangan ini, saya mahu besarkan perniagaan saya. Jika ada tawaran untuk saya bergiat aktif dalam bidang seni, pastinya saya mahu mengembangkan lagi kebolehan saya,” katanya.

Dalam pada itu, Harun selaku sifu berbangga kerana mempunyai anak didik seperti Achey yang disifat虺annya sebagai seorang yang berbakat besar dan bekerja keras.

“Pada mulanya saya berasa cabaran saya agak berat kerana perlu membimbing peserta solo kerana bukan mudah untuk melakukan persembahan komedi secara berseorangan. Namun, solo atau berkumpulan tidak boleh dijadikan kayu ukur kerana saya turut membimbing sebuah kumpulan di dalam BMB. Bagaimanapun, tiada rezeki mereka ke final.

“Achey saya sifatkan seorang yang rajin, banyak idea, kerja keras dan sememangnya dirinya sendiri sudah ada bakat semula jadi, tinggal lagi tugas saya untuk menggilap bakat要ya,” katanya.

Tempat kedua yang menawarkan ganjaran RM100,000 berserta trofi menjadi milik kumpulan Bocik dianggotai Fadzlie Mohd Nizam, 22, dan Syed Umar Mokthar Syed Mohd Ridzuan, 25. Mereka dan sifu, Afdlin Shauki memper觔leh 61.7 peratus markah.

Afdlin ketika menjawab pertanyaan media berhubung kekalahannya di tangan Harun Salim Bachik dan Achey, terbuka menerima keputusan itu, tambahan pula matlamatnya dan Bocik pada persembahan final hanyalah untuk menghiburkan penonton dengan sebuah persembahan yang mampu diingati.

“Harun adalah rakan seperjuangan saya dalam kumpulan Boboi. Sekalipun kami bersaing di dalam BMB, persaingan kami lebih kepada memajukan anak-anak didik kami.

“Seperti biasa, selepas sesi latihan kami tetap keluar minum bersama. Mengulas mengenai isu kemenangan Bocik di tempat kedua, sebenarnya semua finalis malam ini hebat-hebat belaka.

“Apabila kami mendapat tempat kedua itu sudah membuatkan kami bersyukur kerana pada pandangan saya, semua orang ada peluang untuk menang. Malah, saya merasakan final BMB musim pertama ini antara program hiburan terbaik pernah disiarkan dalam penerbitan televisyen. Tahniah kepada produksi BMB dan TV3,” katanya.

Sementara itu, tempat ketiga dengan kutipan markah 52.1 peratus pula disandang kumpulan Titan dianggotai Mohd Fazlisham Mat Hussin, 26, dan Azizul Ammar Abu Hassan, 26, yang dibimbing Sabri Yunus sebagai sifu. Mereka bakal berkongsi wang tunai RM60,000 selain trofi.

Titan seringkali tampil dengan komedi yang penuh kiasan, kritis dan sinis serta me要gangkat seni budaya, dilihat sebagai satu pencapaian besar meskipun hanya menduduki tempat ketiga.

“Apabila saya dilamar memberi kata setuju untuk terbabit dalam BMB, saya sudah mengambil risiko untuk membentuk sebuah komedi yang menerapkan seni budaya bangsa.

“Memang ada yang kurang faham dengan mesej mendalam cuba disampaikan, namun apabila Titan diletakkan di tempat ketiga bermakna ada kelompok yang sudah membuka mata dan itu satu kejayaan buat saya dan Titan dalam membawa perubahan,” kata Sabri.

Turut bersaing di samping Achey, Bocik dan Titan adalah kumpulan Tapaw yang diang茆otai Mohd Shah Rizal Sulaiman, 23, dan Khairul Faiz Sulaiman, 22.

Anak didik kepada penyampai radio HotFM, Faizal Ismail itu hanya mampu berpuas hati berada pada kedudukan terakhir dengan markah 50.5 peratus meskipun tampil dengan persembahan menghiburkan. Mereka membawa pulang RM30,000 berserta trofi.

Bahkan menerusi sidang media yang berlangsung sebaik tamat final BMB itu, juri dan semua mentor yang terbabit memuji kemampuan Faizal sebagai mentor berwibawa.

Rata-rata mereka kagum dan menyifatkan Faizal mempunyai bakat yang versatil serta tidak terbatas kepada kemampuan sebagai pe要yampai radio saja. Pengumuman pemenang dibacakan oleh pengacara BMB, Adibah Noor.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/24
`