MELAKA: Dua lelaki berperwatakan wanita bagai sengaja ‘menempah maut’ apabila mengajak sekumpulan lima anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) yang menunggu dalam kereta untuk mengikut mereka pulang ke rumah bagi membolehkan memberi ‘perkhidmatan’ ditawarkan.
Bagaimanapun, jemputan itu membawa padah apabila sejurus tiba di pekarangan rumah sewa mereka di Kampung Lapan, dekat sini, kedua-dua lelaki berlagak wanita berusia 29 dan 35 tahun itu terus dicekup anggota penguat kuasa terbabit.
Kejadian kira-kira jam 12.15 tengah malam kelmarin itu berlaku ketika lima anggota penguat kuasa Jaim membuat pemantauan mencegah kegiatan maksiat di Jalan Tun Ali, dekat sini, dengan berpakaian biasa dan menaiki kereta persendirian.
Apabila anggota penguat kuasa terbabit melihat mereka dari dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan, penguat kuasa terus mendekati mereka dengan kenderaan dinaiki sambil bertanya khidmat ditawarkan.
Suspek terbabit terus menjelaskan mereka boleh melakukan ‘khidmat’ diminta dengan bayaran RM40 sambil meminta lima anggota penguat kuasa terbabit mengikut mereka pulang ke rumah.
Anggota kumpulan penguat kuasa itu terus bersetuju dan mengekori kenderaan suspek dari belakang pada jarak kira-kira tujuh kilometer ke rumah mereka dan sejurus turun daripada kenderaan masing-masing, penguat kuasa terus menahan suspek terbabit.
Ketua Pegawai Penguat kuasa Jaim, Rahimin Bani, berkata dua lelaki berkenaan masing-masing berpakaian perempuan dengan seorang daripada mereka memakai skirt paras paha dan seorang lagi berseluar denim ketat, dan kedua-dua mereka berpakaian seksi menampakkan bahagian dada.
Malah, katanya, mereka juga berambut panjang serta memakai solekan yang menyerlahkan diri sebagai wanita.
“Ketika dicekup dua lelaki berlagak wanita itu juga menyatakan mereka turut mempersoalkan tindakan Jaim kerana mendakwa (mereka) berpakaian wanita hanya di dalam kereta dan ketika itu sudah tiba di kawasan rumah.
“Bagaimanapun, mereka terus dicekup kerana tetap berlagak seperti wanita di tempat awam iaitu ketika ditemui di Jalan Tun Ali,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.
Beliau berkata, kedua-dua pondan berkenaan kemudian di bawa ke Balai Polis Melaka Tengah untuk laporan dan sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.
Menurutnya, hasil semakan rekod terhadap pondan berusia 35 tahun itu mendapati mereka didapati pernah beberapa kali ditahan Jaim sebelum ini kerana melakukan kesalahan sama.
“Semua mereka ditahan mengikut Seksyen 71, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana lelaki berlagak seperti wanita di tempat awam “Jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-dua sekali,” katanya.
KULIM: Episod 'Cinta Lombok' sekali lagi diselesaikan oleh Biro Pengaduan Pemuda Umno yang membawa ...