Sertai komuniti myMetro

login|daftar
Layari »
Khamis, 09 September 2010

2 maut kapal tangki meletup



2010/03/03
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

JOHOR BAHRU: Dua pekerja kapal maut apabila sebuah tangki minyak di atas kapal MT Hercules meletup di perairan Kukup, kira-kira tiga batu nautika dari selatan Pulau Kukup malam tadi.

Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Sylvester Keterim, 24, berasal dari Tamparuli, Sabah dan Shezi Chang Shiah Joo, 22, dari Sandakan.

Menurut Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Hassan Jusoh, kedua-duanya sedang melakukan kerja-kerja kimpalan pada salah satu tangki minyak di atas kapal itu apabila tangki berkenaan tiba-tiba meletup dan terbakar.

"Kedua-dua mayat berjaya dibawa keluar dari dalam kapal pada 10.15 malam sebelum diserah kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Pontian bagi melakukan bedah siasat," katanya.

Beliau berkata terdapat 24 anak kapal dan 20 pekerja kontrak yang terdiri daripada warga Malaysia, Indonesia, Filipina dan India di atas kapal berkenaan semasa kejadian. - Bernama

Kongsi artikel ini menerusi media sosial


IKLAN



iklan
iklan


iklan

iklan
iklan