Sertai komuniti myMetro

login|daftar
Layari »
Khamis, 09 September 2010

Antabax baru



2010/07/29
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

LAM Soon Edible Oils Sdn Bhd (Lam Soon) yang memiliki produk penjagaan diri Antabax mensasarkan peningkatan tiga digit selepas memperkenalkan semula produk berkenaan, semalam.

Pengurus Pemasarannya, Carmen Foo berkata, sasaran itu dijangka mampu dicapai berikutan permintaan pengguna terhadap produk penjagaan diri yang semakin meningkat.


“Penularan pelbagai penyakit termasuk yang terbaru H1N1 menjadikan produk antibakteria seperti Antabax mendapat perhatian pengguna.


“Kami percaya dengan memperkenalkan wajah baru produk ini, pengguna lebih yakin menggunakannya kerana turut diperakui halal oleh pihak berkuasa berkaitan,” katanya pada majlis memperkenalkan wajah baru Antabax dan duta produk, Ziana Zain di Kuala Lumpur, semalam.


Menurutnya, pihaknya melakukan kajian selama dua tahun untuk menghasilkan produk berkenaan.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial