Jumaat,22 Ogos 2014

Barcelona juara Liga Sepanyol

MADRID: Barcelona muncul juara Liga Sepanyol setelah Real Madrid seri 1-1 dengan Espanyol, semalam.

Barcelona mendahului liga dengan tujuh mata dan mempunyai empat lagi perlawanan manakala Madrid hanya berpeluang mendapat enam mata lagi.

Ia merupakan kejuaraan ke-22 bagi Barcelona dan keempat dalam lima musim.
Rekod kejuaraan dipegang Madrid dengan jumlah 32.

Bagaimanapun, Barcelona boleh menyamakan rekod 100 mata Madrid daripada musim lalu jika memenangi keempat-empat perlawanan akhirnya. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/12