Khamis,18 September 2014

Beberapa jalan ditutup esok untuk perarakan Wesak

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan utama di ibu negara akan ditutup secara berperingkat mulai pukul 5 petang hingga 11 malam esok bagi perarakan kereta berhias sempena perayaan Hari Wesak.

Sambutan perayaan itu melibatkan perarakan kecil dan perarakan besar yang bermula dan berakhir di Kuil Maha Vihara, Jalan Berhala, Brickfields di sini.

Menurut laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) jalan-jalan yang akan ditutup adalah Jalan Sultan Abdul Samad, Jalan Tun Sambanthan, Jalan Petaling, Jalan Hang Lekiu, Jalan Raja Chulan, Jalan Sultan Ismail, Jalan Bukit Bintang, Jalan Pudu, dan Jalan Cheng Lock.

Menurut laman itu, jalan-jalan berkenaan akan dibuka semula kepada pengguna jalan raya apabila selesai perarakan. Hari Wesak merupakan hari penting yang dirayakan penganut Buddha.


Polis menasihatkan para pengguna jalan raya supaya tidak melalui jalan-jalan tersebut bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan jalan raya. - BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : 2012/05/04
`