Selasa,02 September 2014

Belajar cara buat kerongsang

Oleh Kusyi Hirdan

KERONGSANG memang pelengkap gaya. Pelbagai fesyen kerongsang dicipta bagi memenuhi permintaan pengguna yang pelbagai citarasa.

Ada yang memilih kerongsang kerana sinarnya, ada juga kerana keunikan fesyennya. Ada yang membeli kerongsang yang sesuai dipakai dengan pakaian tertentu saja.

Ada yang menghabiskan berhari-hari mencari kerongsang yang dimahukannya, tidak ketinggalan ada yang mengadu kecewa kerana gagal menemui kerongsang impiannya.
Sekiranya begitu, apa kata buat sendiri kerongsang.

Di Kristal Station DIY, pengunjung boleh membuat sendiri kerongsang, rantai dan gelang impian.

Caranya akan diajar oleh tuan punya kedai, Amrah Harun secara percuma.

Semua peralatan dan bahan untuk membuat apa saja aksesori wanita yang diingini itu juga boleh didapati di kedai Amrah dengan harga berpatutan.

Bagi yang baru mempelajarinya, cuba gaya yang ringkas dahulu supaya tangan boleh membiasakan diri dengan segala peralatan yang digunakan. Semakin anda mahir, cuba fesyen apa saja.


Bahan diperlukan:

  • Pin lembut
  • Kerongsang kecil berwarna putih
  • Loket berbentuk air mata
  • Penyangkut loket
  • Cincin saiz 8
  • 4 butir kristal merah
  • 4 butir kristal putih


    Terima kasih:
    ■ Kristal Station DIY, Kompleks PKNS Shah Alam, Selangor (016-9063936)

    Artikel ini disiarkan pada : 2011/04/30
  • `