Isnin,28 Julai 2014

Belanjawan 2013 dibentangkan pada 28 Sept: Najib

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Belanjawan 2013 akan dibentangkan di Parlimen pada 28 September.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata Belanjawan 2013 akan memberi tumpuan terhadap pertumbuhan seimbang dan berkualiti selain kebajikan rakyat.

"Hari ini saya di sini untuk mendengar pandangan dan saranan anda terhadap isu-isu yang kita hadapi.

"Dalam perundingan Belanjawan, kita menerima 84 memorandum. Cadangan anda akan ditimbangkan sebagai input untuk Belanjawan 2013," kata Najib pada Majlis Konsultasi Belanjawan2013 yang dihadiri oleh semua pemegang kepentingan, di sini hari ini.


Perdana Menteri yang mempengerusikan sesi itu, berkata tema Perundingan Belanjawan 2013 ialah Memacu Transformasi Ke Arah Negara Maju. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/05/29
`