Khamis,18 September 2014

Buah-buahan jadi gubahan indah

Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan

WALAUPUN setiap gubahan hantaran yang disediakannya amat mudah dan ringkas, ia tetap menjadi pilihan kebanyakan pelanggannya.

“Apa yang saya gubah bergantung kepada permintaan dan kehendak pelanggan mengikut tema dan warna yang diingini.

“Tidak susah membuat gubahan kerana apa yang penting kreativiti dan minat serta tidak takut melakukan kesilapan kerana hanya melalui kesilapan kita dapat menilai apa yang dilakukan,” kata Khaizuran Mohd Ali ketika ditemui di rumahnya di Taman Cheras Indah, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mungkin pada pandangan ramai untuk menyediakan gubahan adalah mudah, tetapi realitinya ia agak rumit bagi mereka yang pertama kali melakukannya.


Biasanya, Khaizuran membuat pemerhatian melalui buku gubahan terbaru ataupun rekaan daripada pakar sebelum mengubah suai mengikut kreativiti sendiri.


“Tidak perlu meniru idea yang ditunjukkan 100 peratus dalam menyediakan gubahan kerana ia boleh diubah suai untuk menghasilkan bentuk yang lebih baik.

“Jangan takut untuk mencuba kerana jika saya tidak memulakan langkah awal untuk berkecimpung dalam bidang gubahan ini mungkin hingga kini tidak mengetahui saya juga mempunyai kelebihan tersendiri,” katanya.

Sejak memulakan perniagaan gubahan secara dalam talian empat tahun lalu, Khaizuran tidak menoleh ke belakang dan menjadikan semua kritikan yang diterima sebagai sempadan untuk lebih maju ke hadapan.

Menurutnya, walaupun bermula dengan hanya menawarkan khidmat gubahan kepada keluarga terdekat dan rakan, ia tetap diterima ramai terutama bagi mereka yang ingin mendapatkan hantaran mengikut bajet ditetapkan.

Ikuti langkah mudah menyediakan gubahan hantaran buah-buahan disediakan Khaizuran.


Terima kasih:
■ Gubahan disediakan Khaizuran Mohd Ali, Taman Cheras Indah (013-2210143).

Artikel ini disiarkan pada : 2011/04/26
`