Sertai komuniti myMetro

login|daftar
Layari »
Khamis, 09 September 2010

Carrefour bantu firma tempatan

Oleh Faizatul Farlin Farush Khan
ffarlin@hmetro.com.my
2010/07/29
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

CARREFOUR Malaysia (Carrefour) terus memperkukuhkan jenamanya di negara ini melalui pengenalan empat produk makanan segar keluaran tempatan yang menerima pengiktirafan Kualiti Terjamin Carrefour (CQL) dan kini boleh didapati di semua rangkaian pasar raya besar itu di seluruh negara.

Empat produk berkenaan adalah buah naga dari Gapam, Melaka keluaran Dragon Berry Sdn Bhd, betik dari Lanchang keluaran Malaysian Agrifood Corporation Bhd, ikan barramundi dari Kuala Kubu Bharu keluaran OM3 Fish (Asia) Sdn Bhd dan ikan Royal Tilapia dari Grik, Perak keluaran Trapia Malaysia Sdn Bhd.


Pengarah Komunikasi dan Pemasaran Carrefour Malaysia dan Singapura, Low Ngai Yuen berkata, pengenalan keempat-empat produk CQL itu dijangka meningkatkan lagi penjualannya di seluruh negara terutama bagi pelanggan yang mementingkan produk berkualiti.


Beliau berkata, keempat-empat produk itu dipilih selepas Carrefour mendapati ia antara produk terlaris dan digemari pelanggan berikutan ia menawarkan kualiti tinggi, segar dan dijual pada harga berpatutan.


Menurutnya, produk CQL mementingkan rasa semula jadi yang segar, selamat dan pengeluaran berterusan dengan penekanan diberi kepada produk keluaran tempatan.


“Dalam usaha memberi yang terbaik kepada pelanggan, maka projek khas dijalankan bagi menjaga kualiti produk barangan segar terbabit bermula dari ladang sehingga dibeli pelanggan,” katanya selepas majlis menandatangani perjanjian antara Carrefour bersama wakil pengedar bahan makanan berkenaan di Carrefour Subang Jaya, semalam.


Katanya, sebagai contoh, betik dari Lanchang yang dijual di Carrefour sebelum ini mencatat jualan purata kira-kira 2.5 tan sebulan dan penjualannya dijangka meningkat hingga 10 tan menjelang tahun depan.


CQL adalah projek jangka panjang Carrefour yang menitikberatkan produk selamat, berkualiti dan asli untuk pelanggan melalui pemantauan terhadap proses, kaedah dan prinsip yang dijalankan pada setiap tahap pengeluaran produk bermula dari ladang hingga ke pasar raya.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial