KUCHING: Pembongkaran kes penyeludupan serta penjualan bayi dan kanak-kanak di bandar raya ini menemui petunjuk baru berikutan penangkapan seorang lelaki dipercayai pembekal utama ‘bahan jualan’ itu kepada sindiket berkenaan di Jalan Chawan di sini, malam kelmarin.
Lelaki berusia 53 tahun itu ditahan dalam serbuan ke atas sebuah rumah di kawasan itu antara jam 9 hingga 11 malam kelmarin kerana dipercayai mempunyai kaitan kes penyeludupan bayi dan kanak-kanak dari Indonesia.Ketika dibawa keluar dari mahkamah selepas prosiding, seorang daripada suspek dikatakan sempat menjelirkan lidah ketika gambarnya dirakam jurugambar.
Kelmarin, ahli perniagaan bergelar Datuk dan isterinya itu direman enam hari selepas polis menemui dua lagi kanak-kanak masing-masing berusia tiga dan 12 tahun dalam dua serbuan berasingan.
Turut direman enam lagi suspek berusia antara 21 hingga 30 tahun termasuk seorang wanita warga Indonesia.
Pasangan berkenaan ditahan sehari selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak (IPK) bagi membantu siasatan kes berkenaan.
NILAI: Seorang perompak berjaya melarikan wang tunai berjumlah kira-kira hampir RM80,000 dalam satu ...