Selasa, 29 Julai 2014

Cikgu Rania 2 (siri 49): Hujan Dalam Hati

Oleh : Oleh Samsiah Mohd Nor

Langit seperti mahu menangis tapi tidak jadi. Hanya men苓ung menghiasi dada要ya. Bayu pagi berhembus malas bagai turut sama menghantar ucap takziah. Seperti warna langit yang kesedihan, jiwa raga Rania juga dipalu gundah. Dia masih tidak percaya dengan apa yang telah berlaku pada Murni dan Fahmi. Bukan sahaja dirinya, malah seluruh keluarga turut bersimpati atas peristiwa yang menimpa Murni dan anaknya.

Malam itu merupakan malam ketiga majlis tahlil untuk kedua-dua beranak itu dilakukan. Tan Sri Razlan mengundang orang masjid berdekatan untuk sama-sama bertahlil. Ummar Qayyum yang sampai lebih dua jam tadi kelihatan sugul. Jauh di sudut hati dia sangat berdukacita malah sesekali dia dihimpit rasa bersalah atas malang yang menimpa Murni. Selesai orang bertahlil, Ummar Qayyum menyaingi Tan Sri Razlan dan Rais melayan tetamu menjamu selera.

“Qayyum makan dulu, lepas tu, pergilah berehat,” ujar Tan Sri Razlan.
Dia tahu Ummar Qay軌um kepenatan selepas lebih sembilan jam di dalam kapal terbang. Puan Sri Zalia juga menyuruh Ummar Qayyum berehat sahaja. Dek kepenatan, Ummar Qayyum beredar dan mencari ibunya. Dia mahu tahu tentang cerita Murni yang sebenarnya daripada ibu.

123 N 123 123 N 123

“Mak Qayyum ada di dapur tadi,” ujar Makcik Rohaya apabila ditanya oleh Ummar Qayyum. “Kat dapur pun ada lauk-pauk kenduri kalau Qayyum nak makan,” sambung Makcik Rohaya.

Ummar Qayyum bergegas ke dapur. Ibunya sedang duduk termenung bersendirian.

“Mak duduk seorang diri kat sini?” tegur Ummar Qayyum. Terkejut Nenek Ninda disapa si anak. Dia sedang mengelamun sebenarnya.

“Mak baru lepas makan. Kamu dah makan Qay軌um?” tanyanya balik.
Ummar Qayyum meng茆eleng.

“Makanlah. Kamu pun penat ni, baru sampai.”

Ummar Qayyum perasan mata Nenek Ninda berkaca-kaca. Ada sesuatu yang bernanah di hati sehingga kelihatan di mata tuanya. Terkenangkan Murnikah? Fikir Ummar Qayyum.

“Murni dah mati,” ujar Nenek Ninda tersekat-sekat padahal dia tahu Ummar Qayyum telah pun dimaklumkan. Masih terbayang-bayang di ruang mata Nenek Ninda peristiwa yang berlaku. Sampai mati dia tidak akan lupa. Fahmi! Murni! Senak dadanya mengenangkan nasib yang menimpa dua beranak itu.

“Saya minta maaf mak. Saya rasa bersalah. Saya tak ada dengan mak masa kejadian tu berlaku. Sepatutnya saya balik lebih awal.”

“Bukan salah siapa-siapa. Dah takdir Murni begitu.”
“Mak okey ke?”
“Mak masih terkejut Qayyum. Mak terkejut.”
“Saya pun mak. Sampai sekarang saya rasa tak percaya Murni dan Fahmi dah pergi meninggalkan kita.”

“Sedih Qayyum, tiap kali mak kenangkan Murni, hati mak jadi hiba. Sejauh itu kasih sayang Murni pada kamu. Mak tak sangka. Mak ingat bila dia dah berumah tangga dan beranak hilanglah perasaan itu, rupanya tidak.”

Murung wajah Ummar Qay軌um mendengarnya.

“Tapi dah takdirnya begitu. Kita terima sajalah,” ucap Nenek Nenda yang menyedari Ummar Qayyum dilanda pelbagai rasa.

“Salah saya barangkali atas apa yang menimpa Murni.” Ummar Qayyum turut meluahkan rasa kesal atas apa yang berlaku.

“Kan mak dah kata bukan salah siapa-siapa. Perkara dah berlaku pun. Kita berdoa saja supaya arwah diampunkan dan ditempatkan bersama orang-orang beriman,” tutur Nenek Ninda lagi.

Bagi Ummar Qayyum, keadaan yang menimpa Murni memang benar-苑enar tragik. Manakan tidak! Mula-mula Murni meminta cerai daripada Rais. Kemudian dia menganyam angan-angan untuk berkahwin dengannya. Semuanya nampak mustahil tapi Murni tidak peduli. Dia tenggelam dalam lautan 苔ngannya. Menyedari impiannya mahu dicabuli, Murni tersentak. Dia tidak akan mengizinkannya. Dia hilang pedoman. Dia tidak mahu impiannya direnggut. Dia menjadi tidak waras dan semakin tertekan apabila menyedari tingkah laku要ya diawasi oleh Nenek Ninda. Klimaksnya Fahmi jadi mangsa! Menitis air mata Ummar Qayyum apabila mengimbas kejadian menimpa Murni.

“Kamu dah jumpa Ren ke belum?” tanya Nenek Nenda tiba-tiba.

Ummar Qayyum tersentak. Hilang cerita Murni mendadak. Dia menggeleng虺an kepala. Masih adakah tempat untukku di sisi Rania apabila si isteri telah menghulurkan tali perpisahan? Atau barangkali tali perpisahan yang dihulur 苧ania itu hanya sekadar ugutan?

“Macam mana kamu dengan Ren?” Soalan kedua ditanyakan sebelum soalan awal belum sempat dijawab Ummar Qayyum.

“Entahlah mak. Kalau ikutkan situasi, saya tak wajar ada di sini.”
“Kenapa kamu cakap begitu Qayyum. Murni pun dah meninggal dunia. Apa lagi yang nak dikorbankan?”

Terkejut Ummar Qayyum mendengar kata-kata ibunya. “Apa maksud mak?”
“Mengalahlah...”

“Saya tak tahu nak buat apa mak. Saya tak berani nak buat keputusan. Saya tak tahu apa yang Ren nak sebenarnya.”

“Ni kamu dah balik. Buatlah sesuatu untuk rumah tangga kamu,” nasihat Nenek Ninda lagi. Ummar Qayyum terdiam sejenak. Wajarkah aku melupakan sahaja apa yang diminta oleh Rania? Aku tak pernah lupa ayat yang Rania ungkapkan padaku. Dia meminta perpisahan. Aku tidak mahu perpisahan itu tapi ...ah! Sukarnya.

“Dah banyak sangat yang kamu berdua lalui sebelum ni. Allah dah permudahkan. Jangan lepaskan peluang itu,” nasihat Nenek Ninda lagi.
“Mak tidur di mana malam ni?” tanya Ummar Qay軌um lama kemudian.
“Tidur di sinilah. Kenapa?”

Ummar Qayyum tidak terkata. Seluruh ahli keluarga tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku antara dirinya dengan Rania. Mereka hanya beranggapan bahawa antara dirinya dengan Rania berlaku masalah biasa dalam hubungan
suami isteri.

“Pergilah kamu jumpa dengan isteri kamu,” desak Nenek Ninda lagi.
“Pergilah,” ulangnya lagi melihat Ummar Qayyum masih tercegat.

Di laman hadapan rumah, tetamu mulai susut. Di sebuah meja bulat, Tan Sri Razlan bersama Rais sedang berbual dengan beberapa orang surau.
Rania pula duduk bersama Ros Ilyani dan Puan Sri Zalia. Ummar Qayyum hampiri meja yang ada Rania.

“Eh kenapa belum salin pakaian? Mama ingat tadi naik mandi,” tegur Puan Sri Zalia semasa Ummar Qayyum menghampiri mereka.

Ummar Qayyum duduk di sebelah ibu mertuanya. Rania tundukkan wajahnya.

“Dah makan belum ni?”
“Kejap lagi mama.”

“Ren, ambilkan nasi de要gan lauk-lauk untuk Qayyum,” arah Puan Sri Zalia.
“Tak apa mama. kejap lagi saya makanlah!”

“Pergi ambilkan. Qay軌um penat ni! Setengah hari dalam kapal terbang,” ulang Puan Sri Zalia.

Rania akur. Puan Sri Zalia berbual-bual dengan menantu.
“Berapa lama cuti ni?” tanya Puan Sri Zalia.
“Tak tentu lagi mama. Tengok keadaan.”

Rania datang balik de要gan sepinggan nasi berserta lauk-pauk. Segelas jus tembikai dihidang bersama. Ummar Qayyum makan tanpa gangguan. Sambil itu, dia mendengar saja perbualan kaum wanita yang masih berkisar tentang Murni.
Sesekali Ummar Qayyum mencuri pandang si isteri. Dia sedar seperti dirinya, Rania juga dilanda kesedihan. Ketara di wajah Rania bahawa dia terkejut.

“Besok pagi Ren pergi dengan Qayyum. Qayyum pun belum ziarah juga.” Usulan Puan Sri Zalia supaya dirinya dengan Rania menziarahi pusara Murni dan Fahmi masuk ke telinganya.

Dia yang baru selesai makan beredar untuk membasuh tangan. Apabila balik semula ke kerusi, perbincangan mereka masih berterusan.

“Ke Qayyum penat nak ke kubur?” tanya Puan Sri Zalia.

“Tak apa. Saya ikut saja.” Dia menjeling untuk melihat reaksi Rania.

Syukur apabila Rania tidak menolak. Malamnya, Ummar Qayyum serba salah untuk masuk ke bilik. Namun kerana segankan ibu bapa mertua dan ibunya, dia meloloskan juga tubuhnya masuk ke bilik tidur mereka. Rania tidak bercakap sama seperti dulu.

“Boleh ke abang tidur di sini?” tanya Ummar Qay軌um tertib.
Dia duduk di birai katil sebelah kiri manakala Rania pula di sebelah kanan. Rania angguk.

“Esok kita ke pusara Murni dan Fahmi?” tanya Ummar Qayyum saja-saja.
Canggung rasanya berada bersama Rania sementelah sudah agak lama mereka berdua berjauhan. Rania angguk lagi.

Malam yang sunyi bertambah sunyi tanpa komunikasi antara mereka berdua.
“Ren apa khabar?” tanya Ummar Qayyum lama kemudian.
“Macam nilah...”

“Banyak yang berlaku semasa ketiadaan abang,” keluh Ummar Qayyum.
Mendadak ingatan Rania singgah pada Murni. Rania mengeluh sedih.
“Tak sangka begitu sudahnya kehidupan Murni,” kata Rania kemudian要ya. “Dan tak sangka begitu mendalam kasih sayang dan cintanya pada awak.”

Ummar Qayyum menelan air liur. Pelik bu要yinya bicara Rania. Kata ganti nama ‘awak’ yang digunakan oleh Rania turut menyentak hatinya. Marah Rania masih bersisa, detik hati Ummar Qayyum.

“Semoga Allah ampunkan dosa Murni dan tempatkan Murni dalam kalangan orang-orang beriman. Saya tak sempat minta maaf padanya. Saya juga berdosa pada Murni,” kata要ya perlahan.

Rania teringat akan kata-kata kesat yang pernah dilemparkan pada Murni. Pernah dia menyuruh Murni pergi semasa dia hendak berbicara dengan Ummar Qayyum. Malah Murni pernah menegaskan bahawa dia akan pergi dari rumah itu. Akhirnya Murni benar-benar ‘pergi’ dan tak akan kembali lagi. Aku kehila要gan anak tapi Murni hilang semuanya. Sebak perasaan Rania.

“Bila Ren akan masuk sekolah balik?” tanya Ummar Qayyum saja-saja.

“Saya akan berpindah balik ke Sabah,” sahutnya tegas.

“Ren tak serius kan?”

“Ayah dah uruskan semua. Sekarang saya bercuti tanpa gaji sambung cuti sakit keguguran dulu.”

“Kenapa nak pergi jauh sampai ke Sabah? Kat Sela要gor ni pun banyak sekolah.”
Rania tunduk. Banyak kisah pahitnya bermula sejak dia pindah ke Semenanjung. Ah, barangkali Semenanjung tidak sesuai untuk aku walaupun tempat asalku di sini.

“Ren, kita bincang,” pujuk Ummar Qayyum.

Debarannya datang semula. Masakan hati Rania sekeras kerikil.
“Kita dah bincang sebelum awak ke Sweden kan?” kerling Rania.
Berderau darah Ummar Qayyum dibuatnya. Rania ingat segala kata-kata yang dilontar. Dia serius dengan keputusan yang dibuat. Adakah Rania kekal mahu berpisah?

“Abang macam mana?” soalnya macam orang bodoh.

Rania diam sejenak. Hatinya mahu menangis mendengar soalan Ummar Qay軌um tapi ditahan sedapat mungkin. Sudah banyak air matanya terhambur buat Fahmi dan Murni. Dia tidak mahu menangis lagi.

“Ren, kita bincang sekali lagi,” pujuk Ummar Qayyum. Nadanya tenang sedang di dalam hati hanya Tuhan yang tahu.

Rania kaku di sebelah sana. Kasih sayangnya pada Ummar Qayyum masih bersisa tapi peristiwa yang berlaku pada Murni menyebab虺an dirinya dihantui rasa bersalah yang bukan sedikit. Dia tidak pernah sangka sejauh itu cinta Murni pada Ummar Qayyum - yang akhirnya memusnahkan hidupnya sendiri. Mendengar cerita daripada ibu mertua要ya tentang hari-hari terakhir kehidupan Murni sangat memilukan. Murni berangan-angan hendak bernikah dengan Ummar Qayyum tapi akhirnya meninggal dunia dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Fahmi juga menjadi korban. Sehingga ke tahap itu perlakuan Murni dek cinta!

Ya Allah, aku rasa berdosa sangat. Akukah yang bertanggungjawab merampas Ummar Qayyum kesayangan Murni? Berdosakah aku? Kerana dosa itukah aku aku dihukum dan Allah mengambil anak dalam kandunganku sebagai galang gantinya?

“Saya bersalah mengambil awak dari Murni.” Mata Rania mulai memerah.
Terkejut Ummar Qayyum mendengarnya. “Tak ada salah siapa-siapa.”
“Sikit sebanyak saya bersalah.”

“Kita bukan hendak berbincang tentang itu. Murni dah pergi. Kita yang hidup, perlu diteruskan.”
“Mana boleh macam tu, saya tetap bersalah.”
“Ren, cukup-cukuplah menyalahkan diri sendiri.”
“Awak tak tahu apa yang saya rasa.”

Ummar Qayyum mati kata-kata.
“Kalau saya tahu sejauh itu cinta dan sayang Murni pada awak, saya tak akan ambil awak daripada dia.” Rintih Rania berterusan.

Hati Ummar Qayyum bagai disambar petir mende要gar kata-kata Rania.
“Ren...” Ummar Qayyum makin takut melihat keadaan Rania. Sedari dulu, itulah perwatakannya. Dia selalu mahu menjadi lilin dan menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku. Kalau begitu, hubungan mereka akan menjadi bertambah genting.

“Tempat ini tak sudi terima saya. Saya tetap akan balik ke Sabah.”
“Ren, keluarga kita di sini.”
“Biarlah saya pergi jauh dari sini. Banyak kenangan sedih yang akan menggang茆u kehidupan saya kalau saya terus di sini.”

Ummar Qayyum terkedu. Dia tidak sangka pulangnya dia ke Malaysia kali ini menerima tekanan sehebat itu. Adakah bumi Semenanjung ini juga tidak sudi menerima aku? Spontan, dia teringat sebuah sajak Rania di Facebook. Teringat juga akan komen balasan daripadanya. Demi malam di mana kejoraku?

Akan benar-benar hilang虺ah Rania dalam hidupku? Menggigil Ummar Qayyum dibuatnya!

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/17
http://www.hmetro.com.my/articles/CikguRania2_siri49__HujanDalamHati/2013/Article
`