Rabu,30 Julai 2014

Datang bulan selama 18 hari

SAYA berusia 21 tahun dan tidak pernah mengalami aliran haid yang teratur. Kadang-kadang, haid saya terhenti selama tiga bulan. Adakalanya haid saya berpanjangan sehingga melebihi 15 hari. Saya juga mengalami senggugut yang melampau. Sejak kebelakangan ini, haid saya terlalu kerap.

Jika dihitung dari hari pertama haid, haid yang seterusnya adalah 18 hari dan berhenti selepas 10 hari dan sekarang, alirannya tetap 18 hari.

Adakah haid yang seterusnya penyakit istihadah dan berbahaya kepada kesihatan?

IDA,

Kuala Lumpur



MASALAH haid sedemikian lambat laun boleh memberikan kesan terhadap kesihatan am tubuh misalnya kekurangan darah (anemia) dan seumpamanya.

Senggugut juga boleh disebabkan penyakit kronik, selain itu ia mengganggu kehidupan serta tugas seharian seseorang. Haid yang normal datang sekali dalam setiap kitaran antara 25 hingga 35 hari.

Haid yang normal ­berlangsung hanya sekitar seminggu saja dengan jumlah pendarahan yang sederhana (lazimnya sekitar 40 mililiter). Eloklah anda menjalani pemeriksaan doktor untuk rawatan sebelum ia memberikan kesan lebih teruk.

Artikel ini disiarkan pada : 2011/09/18
`