Sertai komuniti myMetro

login|daftar
Layari »
Khamis, 18 Mac 2010

Dia baik, bukan jenis suka cari masalah



2010/01/07
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

GEMENCHEH: Anak kepada seorang mangsa bunuh yang dicari polis bagi membantu siasatan kejadian tragis itu disifatkan sebagai baik dan disenangi ahli keluarga.

Perkara itu disahkan ibunya, Zaharah Atan, 59, bahawa anaknya itu seorang yang agak pendiam.


“Sebelum ini dia bukan jenis orang yang suka mencari masalah dan amat rapat dengan saya dan suami serta adik-beradiknya.


“Dia jarang balik ke rumah. Kali terakhir dia balik ke rumah pada malam sebelum kejadian dan dia tidak menunjukkan sebarang perubahan tingkah laku,” katanya ketika ditemui di Masjid Kampung Batang Rokan di sini, semalam.


Menurutnya, anaknya pernah bekerja di sebuah bank di Lembah Klang dan berhenti tidak lama dulu sebelum bekerja di sebuah kedai makan.


Katanya, dia sekeluarga nyata terkejut dengan kejadian yang menimpa, namun menganggapnya sebagai suratan takdir.

“Apa yang saya tahu, Rashidi tidak mempunyai masalah dengan ahli keluarga,” katanya.


Sementara itu, adik mangsa, Siti Mariam Ismail, 19, berkata abangnya seorang yang baik dan disenangi ahli keluarga.


“Saya tengok dia malam sebelum kejadian macam biasa saja dan tidak menunjukkan sebarang perubahan. Abangnya pernah putus tunang sebanyak dua kali sebelum ini.


“Saya tak sangka kalau betul dia yang buat benda ni, (bunuh),” katanya.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial