Khamis,20 Februari 2014

Diana Danielle hamil

KUALA LUMPUR: Aktres jelita, Diana Danielle Danny Beeson, 21, isteri kepada pelakon terkenal, Farid Kamil Datuk Dr Zahari, 31, yang baru berkahwin awal bulan lalu kini mendakwa mengandung.

Diana Danielle berkongsi kegembiraan itu yang melalui akaun rasmi Twitternya yang dipetik melalui portal gosip selebriti hiburan, www.rotikaya.com.


Portal itu menyebut, Diana menulis - “The most precious birthday present, thanks Allah SWT” dan disertakan sekeping gambar alat uji kehamilan yang menandakan dia kini hamil.

“Ulang tahun kelahiran Diana Danielle jatuh pada 22 November 2012 ini dan tidak disangkal lagi ini merupakan hadiah buatnya dan Farid Kamil,” kata laporan itu.


Farid dan Diana bernikah pada 3 November lalu dalam sebuah majlis ringkas di tepi tasik Hotel Flamingo Ampang, Kuala Lumpur.


Sementara itu, menurut seorang sumber rapat kepada Farid, dia mengesahkan perkara terbabit dan Farid memberitahu dia gembira dengan perkembangan terbaru itu dan bakal menjadi bapa.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/20
`