Sertai komuniti myMetro

login|daftar
Layari »
Khamis, 18 Mac 2010

Drebar parah dua lori bertembung



2010/01/08
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

MELAKA: Seorang pemandu lori parah apabila kenderaannya terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan sebuah lori lain di jalan berdekatan Kampung Sungai Putat, Bukit Beruang, dekat sini, kira-kira jam 1 tengah hari semalam.

MELAKA: Seorang pemandu lori parah apabila kenderaannya terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan sebuah lori lain di jalan berdekatan Kampung Sungai Putat, Bukit Beruang, dekat sini, kira-kira jam 1 tengah hari semalam.


Dalam kejadian itu, mangsa, Hau Hock Tiong, 47, dalam perjalanan dari persimpangan lampu isyarat di hadapan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri menghala ke Batu Berendam bertembung dengan sebuah lori dinaiki tiga lelaki yang juga pekerja landskap.


Akibat perlanggaran itu, mangsa cedera parah dan tersepit apabila bahagian hadapan lorinya remuk sebelum dia dikeluarkan pasukan Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Ayer Keroh, dan dikejarkan ke Hospital Melaka (HM) untuk rawatan.


Sementara itu, tiga lagi mangsa yang menaiki sebuah lagi lori berkenaan tidak cedera.


Pemandunya, Osman@Othman Yusof, 67, berkata, dia dan dua rakannya, Farhan Lukman, 22, dan Sudarto Jaidi, 28, dalam perjalanan balik dari menanam pokok bunga di kawasan Lapangan Terbang Batu Berendam ke pejabat syarikat.

Katanya, ketika menghampiri tempat kemalangan beliau melihat sebuah lori tiba-tiba seperti mahu membuat pusingan dan memasuki laluannya.


“Saya cuba membrek dan mengelak dari melanggar lori itu, namun gagal. Mujur lori yang saya pandu hanya dilanggar bahagian sisi sebelah kanan.


“Saya bersyukur kerana kami bernasib baik tidak cedera dalam kemalangan ini. Hanya kaki kanan saya saja sedikit sengal akibat terhantuk ketika menekan brek tadi (semalam),” katanya.


Ketua Turus Trafik Melaka Tengah Asisten Superintendan Poon Nam E Kling ketika dihubungi berkata siasatan masih dijalankan bagi menentukan punca kemalangan terbabit.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial