TAMPIN: “Saya tidak menyangka jika benar abang (Rashidi) yang melakukannya (pembunuhan) kerana dia abang yang baik dan tidak pernah menimbulkan masalah kepada keluarga sebelum ini,” kata Siti Mariam Ismail, 19, individu pertama yang menemui mayat mangsa dalam kejadian bunuh empat beranak di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, dekat sini, kelmarin.
Pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Datuk Mohamad Taha Gemencheh itu, berkata pada malam sebelum kejadian, dia ada berbual dengan Rashidi di rumah mereka mengenai perjalanan abangnya itu yang baru balik dari Kuala Lumpur dengan menumpang motosikal seorang kawan.
Menurutnya, Rashidi yang kini dikatakan bekerja di sebuah kedai makan di Kuala Lumpur pernah bekerja sebagai pegawai di sebuah institusi kewangan tetapi berhenti dan kali terakhir abangnya itu balik kampung pada hari raya puasa lalu.
“Abang (Rashidi) juga sudah dua kali putus tunang dan sebelum ini dia tidak pernah ada masalah dengan keluarga. Saya tidak sangka perkara ini terjadi.
“Pada hari semalam (kelmarin), sebaik selesai sesi persekolahan pada kira-kira jam 2 petang, saya menelefon kakak (Siti Khatijah) tetapi telefon tidak dijawab dan saya terus menaiki bas balik ke rumah.
“Sebaik sampai, saya memasuki rumah melalui pintu belakang kerana kebiasaannya pintu hadapan berkunci dan selepas menukar pakaian seragam, saya menghampiri kakak dan terkejut apabila mendapati dia terbaring kaku di ruang tamu berlumuran darah dengan pisau terpacak di dadanya sebelum berlari ke rumah datuk yang kemudian menemui mayat atuk, nenek dan ayah,” katanya semalam.
Dalam kejadian kelmarin, empat beranak iaitu Atan Daud, 90, yang juga bekas imam, isterinya, Sufiah Keatas, 80, menantu, Ismail Awang, 76, dan cucunya, Siti Khadijah, 22, mati dalam keadaan mengerikan apabila dibunuh kejam.
KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Jabatan Perhutanan Kedah, Kasim Osman, mengaku tidak bersalah di ...