Selasa,02 September 2014

Dua beradik parah dibelasah jiran, rakan mabuk

AMPANG: Akibat meminta jirannya memperlahankan radio kerana mengganggu abangnya sedang solat, seorang lelaki parah dibelasah jirannya dan rakan yang dipercayai `berpesta' arak di satu kawasan rumah pangsa di Tasik Permai, di sini.

Mangsa dibelasah dengan kayu dan batang besi selain kakinya turut terkena libasan pisau manakala abangnya yang cuba menyelamatkannya turut cedera.


Akibat kejadian jam 7.30 malam Isnin lalu, kedua-dua beradik berusia 20-an itu yang parah di kepala dan badan menerima rawatan di hospital. Menurut sumber, dua beradik itu hanya dibenarkan keluar hospital kelmarin dan membuat laporan di Balai Polis Ampang.

Menceritakan kejadian itu, sumber itu berkata, mangsa meminta jiran lelakinya yang juga warga asing memperlahankan radio kerana abangnya mahu bersolat, namun, jiran terbabit dan enam rakannya tidak mengendahkannya menyebabkan berlaku pertengkaran.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/05/07
`