Khamis,28 Ogos 2014

Dua mangsa lemas di Pulau Perhentian Besar dikenal pasti

BESUT: Dua lelaki yang dipercayai lemas di perairan Pulau Perhentian Besar petang semalam telah dikenal pasti iaitu Ahmad Salman Reza Mohd Zali dan rakannya Mohd Nazrolhaniff Sobani, kedua-duanya dari Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Zakaria berkata, Ahmad Salman Reza, 27, berasal dari Seksyen 10, Wangsa Maju dan Mohd Nazrolhaniff, 26, dari Taman Melati, Gombak, merupakan pekerja sebuah syarikat IT di Kuala Lumpur.

Beliau berkata dakwaan terdapat seorang pelancong asing yang turut lemas dalam kejadian itu tidak tepat kerana berdasarkan laporan penduduk tempatan, pelancong berkenaan berjaya diselamatkan oleh sebuah bot sejurus selepas kejadian itu.

"Kumpulan lelaki berkenaan datang secara berkumpulan seramai 7 orang dikatakan datang bercuti melalui pakej Mohsin Chalet di Pulau Perhentian Besar setelah tiba kira-kira jam 10.30 pagi semalam dari Jeti Kuala Besut.


"Setelah menyimpan barang dan berehat, kesemua lelaki berkenaan kemudiannya turun mandi berdekatan Pantai Pasir Panjang (Long Beach) kira-kira pukul 3 petang," katanya. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/03/29
`