Sertai komuniti myMetro

login|daftar
Layari »
Khamis, 09 September 2010

Eksport tekstil meningkat



2010/07/29
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

INDUSTRI fesyen tempatan semakin mendapat tempat di peringkat antarabangsa dan menjadi antara penyumbang kepada peningkatan eksport tekstil dan produk tekstil tempatan.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Jacob Dungau Sagan berkata, pada suku pertama tahun ini, jumlah eksport tekstil mencecah RM2.1 bilion.


“Jumlah itu adalah 2.2 peratus lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu yang membawa kepada jumlah keseluruhan eksport tekstil dan produk tekstil sepanjang 2009 bernilai RM8.1 bilion,” katanya selepas melancarkan Pertunjukan Fesyen Deanoor International di Kuala Lumpur, kelmarin.


Beliau berkata, industri fesyen menjadi antara produk yang selaras dengan Model Baru Ekonomi di mana ia memanfaatkan dan mengutamakan inovasi dan kreativiti.


“Tidak ada industri lain yang sering berubah untuk mengikut kehendak dan selera pengguna selain industri fesyen.


“Ini menjadikan pengusaha yang bergiat dalam bidang fesyen perlu sentiasa melakukan pembaharuan untuk terus kekal dalam pasaran dan diterima peminat fesyen,” katanya.


Menurutnya, pada tahun lalu, jumlah pelaburan untuk industri tekstil sebanyak RM333.6 juta dengan RM225.2 juta bagi pasaran antarabangsa.


“Ini menunjukkan produk tekstil tempatan semakin mendapat tempat di peringkat antarabangsa terutama bagi segmen fesyen mewah,” katanya.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial