Sertai komuniti myMetro

login|daftar
Layari »
Khamis, 09 September 2010

Ekuinas umum pelaburan ketiga



2010/07/29
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

EKUITI Nasional Berhad (Ekuinas), syarikat pengurusan dana ekuiti swasta yang ditubuhkan kerajaan bagi menggalakkan penyertaan ekonomi Bumiputera, bakal mengumumkan pelaburan ketiganya sebelum akhir tahun ini yang turut menyaksikan pembabitan syarikat pengurusan belian kuasa unit sedia ada seperti syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat awam tersenarai (PLC) serta syarikat bertaraf multinasional (MNC).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, setakat ini, Ekuinas sudah memeterai dua perjanjian pelaburan sedia ada iaitu yang pertama dengan sebuah firma kosmetik, Alliance Cosmetic Group membabitkan pelaburan RM40 juta.


Menurutnya, pelaburan kedua pemerolehan 20 peratus kepentingan dalam syarikat berkaitan minyak dan gas, Tanjung Offshore Berhad (Tanjung Offshore) membabitkan pelaburan RM73.4 juta atau RM1.3 juta bagi setiap satu saham.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial