JOHOR BAHRU: Bukan saja bersuka ria meneguk minuman keras, malah pengunjung sebuah pusat hiburan di bandar raya ini turut dihidangkan ‘daging segar’ terdiri 72 pelayan pelanggan (GRO) warga asing seksi sebagai pemanas badan.
Dengan bayaran tertentu, GRO genit terbabit sudi dibawa ke ranjang, malah pelanggan tidak perlu meminta diskaun kerana saingan sengit di kalangan GRO itu sendiri membolehkan harga dirunding hingga ke angka minimum.“Dalam serbuan ini, 110 pelanggan turut diperiksa termasuk seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, manakala 72 GRO ditahan untuk membantu siasatan.
“Berdasarkan pecahan, warga China majoriti GRO membabitkan 60 wanita, Vietnam (dua), 10 lagi belum dapat dipastikan kerakyatan berikutan gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri,” katanya.
Selain itu, ada pelanggan turut mengambil dadah sebelum berhibur berikutan penemuan pelbagai jenis pil dibuang bagi mengelak ditahan.
“Kami percaya sejurus menyedari kehadiran polis, mereka membuang pil serta dadah itu ke lantai.
“Polis turut menjalankan ujian saringan air kencing terhadap pelanggan dan ada positif dadah,” katanya.
GRO ditahan akan didakwa mengikut Akta Imigresen kerana menyalahgunakan pas dan individu positif dadah pula mengikut Akta Dadah Berbahaya.
NILAI: Seorang perompak berjaya melarikan wang tunai berjumlah kira-kira hampir RM80,000 dalam satu ...