Khamis,18 September 2014

Gaya kasual kekal ciri sopan

Oleh Hajahfarhana Tarmudi

CERIA, moden dan bergaya, antara ciri yang diketengahkan koleksi Ammarahijabi Enterprise. Lebih dikenali sebagai Ammara, konsepnya menitikberatkan tema kasual yang bukan saja boleh dipakai ketika bersantai atau ke pejabat malah tampak manis digayakan untuk sambutan hari raya tahun ini.

Diasaskan oleh dua ibu dan peminat fesyen, Siti Sarah Shah Nor dan Amalina Hanisah Mohd Amin bergabung idea untuk menampilkan koleksi Muslimah mengikut trend terkini.

Menurut Amalina Hanisah, koleksi yang ditampilkan oleh butiknya itu kebanyakan dihasilkan sendiri untuk memberi peluang wanita bijak bergaya.

“Kira-kira 95 peratus koleksi yang ditampilkan Ammara adalah rekaan sendiri. Pelbagai inspirasi cuba ditonjolkan untuk setiap koleksi agar tampak berlainan daripada gaya biasa.

Foto

MENARIK...potongan dua lapisan pada bahagian depan baju dan kehadiran hud memberi kelainan pada penampilan.

Foto

KREATIF...gabungan gaya kasual dan elegan disatukan dengan pemakaian seluar harem dan baju kurung peplum.

Foto

ANGGUN...gaun Aneeqa berlengan panjang rona terang dipakai bersama blazer bermotif batik.

Foto

MODEN...kurung moden sifon berpotongan pendek di depan dan panjang di belakang boleh digayakan bersama seluar atau skirt.

Foto

MANIS...top berpotongan kimono tampak manis digayakan bersama skirt.


“Misalnya, ada busana yang mengambil inspirasi daripada rekaan pereka terkenal, Tom Ford ketika musim sejuk untuk menghasilkan blazer yang digabung bersama motif batik.


“Blazer dengan potongan unik itu tampak sesuai dipakai bersama gaun labuh bagi Muslimah yang gemarkan gaya glamor dan moden,” katanya mengenai koleksi terkini rekaan Ammara.

Bertambah menarik apabila Amalina Hanisah dan rakan kongsinya, Siti Sarah turut menyediakan koleksi top yang dipakai bersama seluar harem.

Menggunakan fabrik kapas spandeks, seluar harem yang ditampilkan membantu memberi keselesaan ketika menggayakannya bersama kaftan, kurung paplum dan top.

Selain itu, seluar harem juga boleh digantikan dengan denim untuk digayakan di hari raya bagi wanita yang inginkan keselesaan ketika cuaca panas sepanjang hari.

Biarpun tampak sedikit moden, gaya kasual yang ditonjolkan koleksi ini masih mengekalkan ciri sopan. Tidak hanya menampilkan koleksi busana, Ammara turut menyediakan aksesori yang boleh diperoleh secara dalam talian atau di bilik pameran jenama itu di Kajang, Selangor.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/10

Artikel Lain

`