Rabu,03 September 2014

Gubahan bunga biar seimbang

Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan

PASTINYA gubahan bunga yang menarik dan ceria untuk dijadikan hiasan menjadi pilihan suri rumah bagi menghias rumah setiap kali sambutan perayaan.

Antara tempat yang menjadi keutamaan adalah meja makan, meja tamu, bunga dinding serta bunga sudut agar ceria menerima kunjungan tetamu.

Menurut penggubah bunga, Che Rosni Abu Bakar, seboleh­nya gubahan yang dipilih untuk dijadikan hiasan pada meja makan mempunyai ketinggian di bawah paras penglihatan bagi membolehkan komunikasi dua hala berlaku dengan lebih baik.

“Jika terlalu tinggi maka proses komunikasi yang berlangsung akan menjadi hambar kerana sukar untuk melihat mimik muka mereka yang sedang bercakap ataupun mendengarnya.

Foto

A. SEIMBANG...seimbangkan bunga mengikut bentuk piramid sebagai dasar gubahan.

Foto

B. BERLAINAN...cucukkan bunga daisy merah mengikut kaedah sama.

Foto

C. POTONG...gunakan playar untuk memotong tangkai bunga ros plastik mengikut kesesuaian.

Foto

D. CUCUK...cucukkan bunga ros tadi berselang-seli dengan bunga daisy untuk memenuhkan pasu.

Foto

E. PENUHKAN...pastikan bunga kering, daun eucalyptus dan polifoam diselitkan antara ruangan bunga.


“Kita juga terasa seperti bercakap sendirian kerana hanya mampu memandang gubahan bunga, bukan mereka yang bercakap,” katanya.


Malah, bekas ataupun pasu bunga yang digunakan juga perlu berbentuk bulat berbanding bekas bersegi bagi menampakkan kembang bunga agar tidak kelihatan terlalu rendah.

Sementara itu, bunga pula seelok-eloknya dua kaki panjang selain warna bunga digunakan perlu seimbang agar tidak nampak comot dan keterlaluan.

Che Rosni berkata, jika terlalu panjang, lebar gubahan bunga itu akan menjadi terlalu besar dan ia akan menyebabkan banyak ruang meja digunakan hingga menyukarkan untuk meletakkan barangan lain.

Selain itu, bukan hanya penggubah profesional boleh menyediakan gubahan terbabit malah mereka yang baru belajar menggubah juga berpeluang mempelajarinya jika asas yang digunakan betul.

Ikuti langkah mudah penyediaan gubahan bunga meja makan salam lebaran dikendalikan Che Rosni yang boleh dilakukan sendiri di rumah.



Terima kasih:

  • Che Rosni Abu Bakar

  • Krismaya Art & Crafts (No 2, Jalan Wangsa Maju, Wangsa Biz Avenue off Jalan 34/26, Kuala Lumpur - 03-41436253@www.krismaya.com)

    Artikel ini disiarkan pada : 2011/09/06
  • `