Rabu,30 Julai 2014

Harus tanam gigi

APAKAH hukum membuat rawatan menanam gigi kerana ada yang mengatakan ia seperti melakukan pembedahan plastik.

Untuk pengetahuan Datuk, saya memakai gigi palsu dan berasa kurang selesa dengan keadaan ini.

Saya merancang untuk menjalani rawatan menanam gigi bagi menggantikan gigi palsu berkenaan tapi saya tidak berniat untuk kecantikan, sebaliknya untuk keyakinan diri.

Bukankah Allah suka pada makhluknya yang kelihatan cantik?


TERTANYA

Pasir Puteh


Membuat rawatan gigi seperti tanam gigi atau apa-apa rawatan moden hukumnya adalah harus sama ada tujuannya untuk kesihatan, keselesaan atau kecantikan.

Ia bukan mengubah kejadian Allah kerana jika ada hadis yang melarang pun adalah perbuatan mengasah gigi seperti yang dilakukan masyarakat jahiliyah dulu bagi kelihatan muda untuk menggoda lelaki.

Artikel ini disiarkan pada : 2011/07/31

Artikel Lain

`